Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

5G: Liputan 68.8% Di Kawasan Berpenduduk, Purata Kelajuan Pula 324Mbps

Diterbitkan Ogos 30, 2023 · Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Laman web Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengemas kini peta interaktif mereka pada 15 Ogos 2023. Kelajuan purata 5G kini ialah pada 324Mbps.

Menurut Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan Digital, liputan 5G kini sudah mencapai 68.8% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengatakan bahawa pemilikan saham DNB akan dimuktamad hari ini. Klik SINI untuk baca berita penuh.

speed 5g dnb 2023

Jika anda ikuti sejak awal ketersediaan 5G di negara kita, angka purata kelajuan (average speed) 5G sebenarnya mengalami penurunan.

Seawal kemunculannya, purata kelajuan 5G oleh DNB ialah setinggi 514Mbps pada Disember 2021.

Seterusnya pada Februari 2022, ia meningkat  sehingga melangkaui 600Mbps sebelum jatuh ke 583Mbps.

Kemudian pada Disember 2022, kelajuuan jatuh lagi ke 386Mbps.

Dalam pada Mei 2023, kelajuan purata 5G di Malaysia ialah 340Mbps. Saya menjangka ia akan terus menurun perlahan-lahan dari masa ke masa.

peta 5g dnb 2023

Bagi pendapat saya, hal ini adalah disebabkan pertambahan bilangan pengguna apabila syarikat-syarikat telekomunikasi mula menawarkan 5G serta liputan kawasan yang semakin meluas.

Berkaitan

  • DNB: 386Mbps, Ini Purata Kelajuan 5G Di Malaysia Sekarang
  • Penggunaan 5G Di Malaysia Meningkat 8 Kali Ganda, Cecah 253TB Sehari - DNB
  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G
  • Peta DNB Kembali Aktif, Kini Anda Boleh Semak Liputan 5G Seluruh Malaysia
  • Kelajuan Purata Muat Turun 5G Malaysia Ke-4 Terpantas Di Dunia - Open Signal
  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja

Kalau anda ketinggalan, DNB bertanggungjawab untuk meluaskan liputan 5G di seluruh Malaysia untuk mencapai 80% kawasan berpenduduk dan tempoh diberi ialah sehingga Disember 2023.

dnb dwirangkaian 5g

Masuk 2024, dua entiti (termasuk DNB yang dijangka diswastakan) akan menyertai pelaksanaan 5G dan menggantikan peranan DNB sebagai pemborong rangkaian tunggal.

Baca berita INI untuk ketahui pengumuman kerajaan tentang dwirangkaian 5G di Malaysia mulai tahun depan.

Sedang mencari telefon 5G? Apa kata pergi ke pautan Shopee INI untuk lihat pilihan yang ada.

Semalam, kerajaan mengumumkan Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon 5G semurah RM240 dengan pelan pascabayar 24 bulan.

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY