5,000 Orang Peminat E-Sukan Hadir Memeriahkan Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020

Server DNA dan Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) telah melakar sejarah dengan menganjurkan satu acara terbesar yang menghimpunkan hampir 5,000 orang peminat E-Sukan pada 28 hingga 29 September 2019 di Hotel Le Mériden Putrajaya.

Peserta telah disambut dengan pelbagai aktiviti menarik seperti taklimat perniagaan, pertandingan cosplay dan juga pameran berkaitan E-Sukan daripada Predator, Aorus, Republic of Gamers (ROG) dan bermacam lagi.



Pada hujung minggu itu, peserta juga telah digalakkan untuk melawat pameran dan bahagian-bahagian utama acara untuk mendapatkan mata yang akan menyumbangkan peluang kepada mereka untuk mendapat cabutan bertuah.

Pemimpin industri utama dari Intel, Seagate, InWin Malaysia dan lebih 100 jenama pengguna telah berkongsi pengalaman mereka dalam pemasaran di rantau Malaysia.

Di samping itu, streamers  juga telah mengadakan sesi meet & greet di bahagian Ramp-Up acara tersebut. Persatuan komuniti cosplay juga meraikan pengumuman rasmi World Cosplay Summit (WCS) 2020 di sana.



Pengumuman kejohanan Kuala Lumpur E-Sports Masters 2020 berlangsung pada hari kedua di serverDNA IV dan telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, yang menyatakan harapannya untuk membawa E-Sukan ini lebih baik di masa depan.

"Dengan hadiah sebanyak RM1 juta, ini akan menjadi acara berprestij bagi semua peminat sukan di Kuala Lumpur."

Rupern Chiu, pengasas Server DNA mengulas hasil tahun ini sebagai langkah positif dalam arah yang betul untuk komuniti teknologi Malaysia. Menurut beliau lagi, mereka sebagai pemimpin industri ini berasa bertanggungjawab dalam membina asas yang kukuh untuk menetapkan piawaian pada acara yang akan datang.



"Inisiatif oleh serverDNA IV untuk menyokong dan memberi bantuan dalam pembangunan E-Sukan telah mempercepatkan momentum kami untuk berkembang. Kami ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Encik Rupern Chiu dan pasukannya bagi kerjasama dan peluang yang hebat ini", kata Hisham Darus, Presiden Persatuan Esports Kuala Lumpur.

Acara kali ini menyaksikan kehadiran peminat dua kali ganda lebih ramai berbanding pendaftaran peserta yang diterima pada server DNA 3.0 pada tahun 2018.