Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini

Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 9, 2019 oleh Haikel Areff

Vivo Malaysia akhirnya akan melancarkan siri NEX 3 mereka pada 17 Oktober 2019 nanti. Dengan adanya siri terbaru NEX ini, Vivo akan memperkenalkan teknologi yang mampu menawarkan pengguna pengalaman 5G terbaik di seluruh dunia.

Vivo yang dikenali sebagai salah satu siri telefon pintar yang paling premium, mendatangkan Vivo NEX 3 yang padat dengan kombinasi mewah teknologi 5G yang terkemuka.

Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini

Konsep reka bentuk paparan inovatif dan aplikasi pintarnya akan dapat memenuhi semua keperluan pengguna. Selain daripada dapat meningkatkan pengalaman buat pengguna, ia juga telah berjaya menambah satu lagi kejayaan atas pencapaian kepada siri perdana.

Berikutan pelancaran vivo NEX 3 baru-baru ini di China, orang ramai dapat menyaksikan penyampaian komitmen berterusan Vivo kepada teknologi masa depan, di mana siri ini akan memaparkan 5G versi mereka yang menggabungkan inovasi mantap terbaru daripada segi mentakrifkan semula peranti perdana dan pengalaman peranti mudah alih.

Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini

Vivo NEX 3

Bagi siri NEX 3 kali ini, Vivo memperlihatkan kehadiran peranti mereka dengan paparan skrin yang dipanggil sebagai “Waterfall FullView”.

Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini

Ia juga menawarkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8) dengan saiz sensor 1/1.7″, lensa telefoto 13MP (f/2.5) dan lensa ultra lebar 13MP (f/2.2). Rakaman hadapan pula didatangkan dengan lensa 16MP (f/2.1).

Bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas Super Flash Charge 44W diiringi memori RAM 8GB/12GB bersama storan 256GB (UFS 3.0).

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di Facebook rasmi Vivo.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY