Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aduan MCMC 24 jam

50 Menara Telekomunikasi Baharu Sedang Didirikan Di Sabah

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan sebanyak 50 menara telekomunikasi baharu sedang didirikan di Sabah. Daripada jumlah tersebut, 13 menara baharu adalah terletak di daerah Pitas termasuk di Kampung Mengkapon.

Pembinaan menara telekomunikasi baharu di kampung berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2021.

Menurut MCMC, pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan memanfaatkan penduduk di Pitas dan sekaligus mentransformasikan kehidupan penduduk setempat dalam mengharungi era digital.

Dengan kesalinghubungan internet yang lebih baik, ia juga dijangka akan melonjakkan taraf hidup penduduk setempat dan memudahkan pelaksanaan pelbagai urusan harian.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY