Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 TV Toshiba Baharu Kini Di Pasaran Malaysia, Harga Permulaan RM999

5 TV Toshiba Baharu Kini Di Pasaran Malaysia, Harga Permulaan RM999

Diterbitkan September 1, 2022 oleh Firdaus

Toshiba merupakan salah satu jenama televisyen terkenal di dunia dan menawarkan pelbagai pilihan TV yang berkualiti, pintar dan juga visual hebat.

Sempena sambutan ulang tahun Toshiba yang ke 70, mereka memperkenalkan 5 barisan TV pintar baharu untuk pasaran tempatan.

5 TV Toshiba Baharu Kini Di Pasaran Malaysia, Harga Permulaan RM999

Siri Toshiba Ultra HD 4K TV (Z770, M550L, dan C350L) / Siri Full HD atau HD (V31 and V35).

Berkaitan

  • Toshiba M550L Rasmi Pada Harga Permulaan RM2599, Dolby Vision, Google TV
  • PS5 Naik Harga, Microsoft Kata Mereka Tak Rancang Buat Perkara Sama
  • Ini 5 'Games' PS5 Yang Banyak Dimainkan Semula Pada Tahun 2022
  • Asus Zenbook 17 Fold OLED, 'Laptop' Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Harga RM14,999
  • Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga

Menariknya lagi, kelima-lima model berkenaan menawarkan sistem operasi pintar – Android TV, VIDAA TV, dan Google TV untuk pengguna Malaysia.

Siri Toshiba Ultra HD 4K TV

Toshiba TV Z770 adalah model paling berkuasa dalam siri kali ini, jadi model ini datang dalam variasi 65 inci sahaja pada harga jualan RM7,699.

Toshiba M550L Quantum Dot 4K TV

Toshiba TV M550L pula menawarkan 3 variasi saiz – 50, 55 dan 65 inci. Dan dijual pada harga permulaan RM2,599, RM3,199 dan RM4,399 untuk setiap saiz.

Manakala model Toshiba TV C350L menawarkan variasi saiz paling banyak antara yang lain (43”, 50”, 55”, 65” dan 75”).

Model saiz paling kecil dijual pada harga lebih murah RM1,799 dan yang paling besar, 75 inci akan dijual pada harga RM6,499.

Siri Toshiba Full HD TV

Untuk siri Full HD, model Toshiba TV V31 dan V35 menawarkan 2 variasi saiz yang sama – 32 inci dan 43 inci dan pada harga yang berbeza.

Toshiba TV V31 dijual pada tanda harga RM999 dan RM1,499 untuk setiap saiz model.

Manakala V35 pula dijual pada harga yang premium sedikit tetapi masih berbaloi, RM1,399 dan RM1,999 untuk kedua-dua saiznya.

Anda boleh membeli TV pilihan Toshiba yang berkualiti ini melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee – https://invle.co/clddyl0

Beli di Lazada – https://invol.co/clddyn2

Sumber: Siaran Akhbar Toshiba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY