Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toshiba M550L Quantum Dot 4K TV

Toshiba M550L Rasmi Pada Harga Permulaan RM2599, Dolby Vision, Google TV

Diterbitkan Ogos 26, 2022 oleh Firdaus

Baru-baru ini, Toshiba telah melancarkan Televisyen M550L Quantum Dot 4K baharu untuk pasaran Malaysia dan sudah tersedia untuk dibeli.

Toshiba M550L Quantum Dot 4K TV

M550L ini mempunyai kualiti paparan 4K yang berkualiti hasil daripada pemprosesan REGZA Engine 4K Pro daripada Toshiba sendiri.

Berkaitan

  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Pasaran Tertentu, Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Sempena Hari Merdeka, Beam Malaysia Tawar Diskaun Hingga 50%
  • Malaysia IT Fair Kini Bermula Di Mid Valley, Tawar Banyak Promosi

Melalui padanan teknologi REGZA Power Audio Pro dan visual Dolby Vision-Atmos, pengguna dapat merasai pengalaman paparan yang menyeluruh dengan sokongan audio yang berkualiti untuk setiap jenis tayangan.

Toshiba M550L Quantum Dot 4K TV – Lifestyle Picture (Daylight)

Tidak lupa juga, Toshiba M550L ini mempunyai rekaan yang tidak kurang hebat dengan spesifikasinya. TV ini mempunyai rekaan yang ‘slim’, bergaya dan juga moden dek kerana bezel yang sangat minimum.

Toshiba M550L Quantum Dot 4K TV – Lifestyle Picture (Nightlight)

Toshiba M550L ini tersedia untuk 3 variasi saiz – 50″, 55″ dan 65″ yang sesuai untuk mana-mana saiz rumah dan masing-masing dijual pada tanda harga RM2,599, RM3,199 dan RM4,399 sahaja.

Sumber: Siaran Akhbar Toshiba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY