Toshiba M550L Rasmi Pada Harga Permulaan RM2599, Dolby Vision, Google TV

Baru-baru ini, Toshiba telah melancarkan Televisyen M550L Quantum Dot 4K baharu untuk pasaran Malaysia dan sudah tersedia untuk dibeli.



M550L ini mempunyai kualiti paparan 4K yang berkualiti hasil daripada pemprosesan REGZA Engine 4K Pro daripada Toshiba sendiri.

{suggest}

Melalui padanan teknologi REGZA Power Audio Pro dan visual Dolby Vision-Atmos, pengguna dapat merasai pengalaman paparan yang menyeluruh dengan sokongan audio yang berkualiti untuk setiap jenis tayangan.



Tidak lupa juga, Toshiba M550L ini mempunyai rekaan yang tidak kurang hebat dengan spesifikasinya. TV ini mempunyai rekaan yang 'slim', bergaya dan juga moden dek kerana bezel yang sangat minimum.



Toshiba M550L ini tersedia untuk 3 variasi saiz - 50", 55" dan 65" yang sesuai untuk mana-mana saiz rumah dan masing-masing dijual pada tanda harga RM2,599, RM3,199 dan RM4,399 sahaja.

Sumber: Siaran Akhbar Toshiba

Berkaitan