Ini 5 'Games' PS5 Yang Banyak Dimainkan Semula Pada Tahun 2022

Pada tahun 2022 ini, boleh kita katakan sudah genap 2 tahun sejak kali pertama pelancaran konsol Sony PlayStation 5. Pelbagai 'game' menarik yang telah hadir bagi memeriahkan pengalaman penggunaan konsol ini.

Dalam pada itu, terdapat juga 'games' yang bukan sahaja banyak dimainkan semula oleh gamers, malahan ia mempunyai mekanik permainan yang menarik.

Berikut adalah merupakan 5 'games' yang paling banyak dimainkan semula:

{snap}

Hitman 3




Hitman 3 merupakan sebuah 'game' dimana pemain akan menjadi seorang pembunuh upahan profesional yang berbahaya dan lagenda, ejen 47.

Di setiap misi, pemain perlu guna kreativiti dan akal untuk menghabiskan sasaran dengan cara paling padu, 'madu' dan tidak terjangkau dek akal.

Dengan pelbagai cara yang boleh digunakan bagi menyelesaikan suatu misi, banyak gamers memilih untuk bermain semula.

{snap}

Elden Ring




Elden Ring merupakan 'game' PS5 yang mempunyai penilaian paling tinggi dan terbaik untuk tahun 2022 ini. Walaupun mempunyai musuh yang sukar dan memenatkan, Elden Ring mempunyai mekanik permainan yang sangat menarik.

Ramai pemain memilih untuk bermain semula kerana Elden Ring menawarkan pelbagai skill, binaan, baju besi dan senjata untuk pemain pilih.

Pemain juga boleh memilih untuk menggunakan pedang, tombak, pedang panjang, magik mahupun 'buku lima' sebagai senjata utama. Elden Ring adalah contoh permainan video yang patut pembangun lain ikut untuk genre RPG.

{snap}

Gran Turismo 7




Pemain di luar sana yang suka bawa laju dan berlumba kereta, game ini adalah untuk pembaca. GT7 ini menawarkan pengalaman lumba kereta daripada mod casual hinggalah mod pelumba.

Selain itu juga, terdapat pelbagai kereta sport yang boleh dipilih untuk berlumba mahupun diubah suai. GT7 turut menawarkan mod permainan seperti kempen, arked dan lain-lain.

Salah satu cara nak memenangi dalam setiap perlumbaan adalah dengan mengulangi perlumbaan tersebut setiap kali anda kalah.

{snap}

Demon's Souls




Demon's Souls mempunyai mekanik dan pengalaman perlawanan yang hampir sama dengan Dark Souls III. Selain NPC, pemain juga akan menemui banyak 'chests', senjata, musuh dan lain lain.

Semakin lama kita bermain, karakter dalam game ini akan bertambah kuat melalui naik taraf (upgrade) yang kita pilih. Tambahan lagi, mekanik grafik dan jenis grafik seakan-akan Elden Ring.

{snap}

Fortnite




Fortnite adalah salah satu 'game' yang sangat besar dalam industri ini. Fortnite menawarkan gaya permainan dengan format battle royale.

Selain itu, pembangun game ini juga bijak dalam memastikan Fortnite kekal relevan walaupun telah bertahun-tahun umurnya dan banyak game baharu telah dilancarkan.



Pembangun game ini sentiasa berkolaborasi dengan 'pop culture' dunia dalam game mereka untuk setiap kemas kini. Kolaborasi Fortnite x Dragonball adalah kerjasama terbaru Fortnite ketika ini.

Sumber: Gamesrant

Berkaitan