Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga

Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga

Diterbitkan Ogos 30, 2022 oleh Firdaus

Setelah sekian lama, AMD akhirnya kini melancarkan secara rasmi barisan cip pemprosesan terbaru mereka dalam siri Ryzen 7000.

Siri AMD Ryzen 7000 menggunakan seni bina Zen 4 berasaskan teknologi 5nm TSMC. Selain itu, ia juga menggunakan platform AM5 daripada AMD yang menyokong PCIe Gen 5, memori RAM DDR5 dan mampu beroperasi melebihi kelajuan 5GHz.

Hasil daripada acara tersebut, berikut merupakan empat cip yang diperkenalkan beserta harganya:

  • AMD Ryzen 9 7950X – $699 US (~RM3,140)
  • AMD Ryzen 9 7900X – $549 US (~RM2,465)
  • AMD Ryzen 7 7700X – $399 US (~RM1,790)
  • AMD Ryzen 5 7600X – $299 US (~RM1,340)

Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga

Pengguna tidak dapat membeli cip-cip tersebut pada ketika ini biarpun selepas pelancarannya. Hal ini demikian kerana ketersediaan barisan cip tersebut di pasaran adalah pada 27 September. 

Berkaitan

  • PS5 Naik Harga, Microsoft Kata Mereka Tak Rancang Buat Perkara Sama
  • Mungkin Ini Pilihan Warna Siri iPhone 14 Pro Nanti
  • Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos

Perbandingan Dengan Cip Intel

Berdasarkan dakwaan AMD, cip Ryzen 9 7950X mencatatkan skor 57% lebih pantas berbanding Intel Core i9-12900K dalam Content Creation Demo.

Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga

Dengan seni bina Zen 4 ini, siri Ryzen 7000 dikhabarkan lebih jimat kuasa tetapi tetap memberikan peningkatan prestasi sebanyak 49% berbanding siri sebelumnya.

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY