Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Diterbitkan Mei 25, 2017 oleh Haikel Areff

1. Huawei Nova Plus

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Huawei Nova Plus mempunyai penampilan yang seakan-akan Huawei G8.

Ia merupakan telefon kelas pertengahan dengan cip Qualcomm Snapdragon 625, GPU Adreno 506, 3 GB RAM, paparan HD sebesar 5.5 inci dan bateri berkapisiti 3,340 mAh.

Dengan kapasiti bateri sebesar itu, ia tidaklah begitu hebat jika dibandingkan di atas kertas namun dengan menggunakan cip Snapdragon 645, Huawei Nova Plus mampu memberi prestasi dari segi ketahanan bateri sehingga dua hari dalam penggunaan penuh.

2. Huawei Mate 9

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Kekal dalam kategori Huawei, telefon pintar seterusnya ialah Mate 9. Untuk telefon phablet ini pula, Huawei menyertakan bateri berkapisiti 4,000 mAh.

Masih tidak banyak pilihan untuk bateri sebesar ini di dalam pasaran. Telefon pintar ini juga mempunyai teknologi pengecasan cepat yang boleh mengecas penuh hanya dalam masa sejam sahaja.

3. Sony Xperia X Compact

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Beralih pula kepada Sony, Sony Xperia X Compact membawakan spesifikasi yang menarik dnegan paparan 4.6 inci, Qualcomm Snapdragon 650, GPU Adreno 501 dan RAM 3 GB.

Telefon pintar ini disertakan bateri dengan kapisiti 2,700 mAh. Yang menarik perhatian kepada telefon ini ialah fungsi penjimatan tenaga.

Dengan fungsi ini dipasang, telefon ini boleh bertahan sehingga 2 hari. Jika tidak, ia mampu bertahan selama satu hari penuh.

4. Samsung Galaxy A5 (2017)

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Dengan rupa seakan-akan Galaxy S7, ia juga telefon pintar yang kalis air dan debu. Panel paparan juga dari jenis AMOLED dengan luas sebanyak 5.2 inci dan resolusi HD penuh.

Kapasiti bateri pula sebesar 3,000 mAh dengan tambahan fungsi Doze. Dengan fungsi Doze, telefon pintar ini boleh bertahan dalam sehari penggunaan.

5. Moto Z Play

5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama

Ini merupakan telefon pintar Moto Z yang mempunyai sambungan headphone jack di bawah peranti. Salah satu kelebihan telefon ini ialah baterinya.

Bateri berkapisiti 3,510 mAh dan dengan membawa siri Moto Mods yang boleh digabungkan ke telefon pintar ini, pengguna boleh menikmati penggunaan bateri sepanjang hari tanpa perlu risau untuk mengecas kembali.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY