5 Sebab Utama Pengguna Menggunakan VPN Semasa Melayari Internet

Virtual Private Network atau nama singkatannya VPN adalah satu perkhidmatan yang semakin meluas penggunaannya oleh pengguna internet diserata dunia.

Mengapa perkhidmatan ini semakin meningkat?

Menerusi analisa yang dibuat GlobalWebIndex, mereka berkongsi laporan yang boleh merungkai mengapa VPN semakin popular dalam kalangan pengguna internet, tidak kira mudah alih ataupun komputer.

Analisis dibuat berdasarkan data dari 33,405 pengguna komputer dan 25,106 pengguna telefon pintar untuk tempoh suku pertama tahun 2018. Hasil kajian memperlihatkan 5 faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan servis VPN.

Sebab utama pengguna peranti mudah alih dan komputer memilih VPN adalah untuk mendapatkan akses kepada kandungan hiburan yang mungkin tidak ditawarkan dinegara mereka.

Ia disusuli pula dengan akses kepada rangkaian media sosial, laman sesawang, atau perkhidmatan yang lain.

Ada juga pengguna yang menggunakan VPN untuk "menyembunyikan" aktiviti pelayaran dengan 35% adalah pengguna komputer manakal 33% merupakan pengguna peranti mudah alih.

Faktor seterusnya adalah VPN yang disediakan syarikat dimana pekerja boleh mengakses data serta fail.

Faktor terakhir pengguna gemar menggunakan VPN ialah untuk berkomunikasi dengan keluarga atau kenalan yang tinggal diluar negara.

Sumber: GlobalWebIndex