Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Bilion Orang Ikuti Siaran Piala Dunia Qatar 2022 – FIFA

5 Bilion Orang Ikuti Siaran Piala Dunia Qatar 2022 – FIFA

Diterbitkan Januari 19, 2023 oleh Amalina Athman

Sebulan selepas Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022, FIFA kini mendedahkan beberapa fakta mengenai kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Berkaitan

  • EA Tak Mahu Pemain PC Main Tipu, FIFA 23 Bakal Hadir Dengan Sistem 'Anti-Cheat'

Menurut FIFA, angka awal menunjukkan bahawa kira-kira lima bilion orang mengikuti siaran Piala Dunia Qatar 2022, yang mana kandungan kejohanan itu merentasi pelbagai platform dan peranti di seluruh dunia.

Di media sosial, menurut Nielsen, terdapat 93.6 juta siaran merentasi pelbagai platform, dengan 262 bilion capaian kumulatif serta 5.95 bilion tontonan.

Dalam pada itu, FIFA turut memaklumkan seramai 88,966 penonton memenuhi Stadium Lusail dan hampir 1.5 bilion penonton di seluruh dunia menyaksikan perlawanan akhir antara Argentina dan Perancis.

FIFA Qatar_1

Secara keseluruhan, Piala Dunia Qatar 2022 mencipta rekod apabila sejumlah 3.4 juta penonton telah menyaksikan perlawanan di stadium, berbanding 3 juta penonton pada 2018.

FIFA Qatar_2

Antara pencapaian lain termasuk sebanyak 172 gol telah dijaringkan di kejohanan tersebut, mengatasi jumlah tertinggi sebelumnya iaitu 171 jaringan gol pada 1998 dan 2014.

Sumber: FIFA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY