Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4 Punca “Laptop” Terpadam Sendiri

Posted on April 12, 2019

Kepada anda yang mempunyai komputer riba yang selalu terpadam dengan sendiri, berikut kami kongsikan 4 punca yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah tersebut.

1. Masalah RAM

Berkemungkinan terdapat debu yang berlebihan pada RAM Laptop. Perlu diketahui bahawa RAM komputer riba juga boleh berdebu walaupun ianya berada diruangan tertutup.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melakukan pembersihan pada bahagian RAM tersebut.

2. Thermal Paste Kering

Salah satu punca yang mungkin terjadi ialah masalah theral paste pada Heatsink telah kering. Fungsi bahan ini ialah untuk menyalurkan haba ke Heatsink, sekiranya ia sudah kering maka fungsinya tidak akan sempurna.

3. Spesifikasi komputer yang lapuk

Khusus untuk komputer dengan model dan spesifikasi yang sudah lama, masalah ini akan menyebabkan ia tidak mampu menyokong lagi perisian terkini yang memerlukan kapasiti RAM dan grafik yang tinggi.

4. Komputer terlampau panas

Sama seperti peranti pintar yang lain, sekiranya ia menjadi sangat panas maka komponen dalaman tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Boleh cuba atasinya dengan melakukan Restart peranti ataupun bersihakan debu yang terdapat pada hardware dalamannya.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress