Lupakan angan-angan kereta terbang yang selalu kita bayangkan sewaktu kecil dahulu. Sewaktu saya kecil, guru ada minta kelas melukis apa yang akan jadi pada zaman 2020 dan kebanyakkan daripada kami melukis kereta terbang dan robot manusia. Sekarang dah 2017, jadi saya tak rasa bayangan saya akan menjadi jadi kenyataan.
So, lets be real!
Berikut merupakan beberapa jenis kereta secara realistiknya akan ditampilkan pada tahun 2020 nanti. Ini bermakna kereta yang akan disebutkan ini sudah melepasi proses ‘design stage’ dan sudah diperkenalkan kepada umum dalam bentuk prototaip.
1. Mercedes Benz BIOME
Mercedez Benz semestinya diletakkan dalam kelompok yang mempunyai keupayaan teknologi yang canggih dalam industri kereta. Kini mereka bukan sahaja mahu menukar rekaan kereta mereka, malah mereka mahu menukar cara kereta itu dibuat.
Kereta yang diberi nama Biome ini pertama kalinya di persembahkan di Los Angelas Design Challenge yang memiliki rekaan yang sangat unik. Dengan menggunakan bahan semulajadi yang memiliki ciri yang sangat ringgan dan kuat dipanggil BioFibre.
Kereta ini tidak menggunakan bahan api (minyak petrol) yang biasa, ianya menggunakan misteri dipanggil “BioNectar4534” yang tidak meninggalkan by-product lain melainkan oksigen.
2. Toyota iRoad


3. Kia Pop
Dengan kebanyakkan syarikat pembuat kereta kini lebih cenderung untuk menggunakan idea kereta elektrik dalam usaha untuk mengawal aktiviti pemanasan global. Kia menunjukkan jawapan mereka dengan Kia Pop.
Dengan rekaan yang unik dan selesa, pengguna dapat merasakan seperti berada dalam cerita science fiction. Rekaan yang ringan supaya mudah dikawal terutamanya di kawasan bandar. Kereta elektrik ini dapat berjalan sehingga kira kira 160 km dengan hanya satu kali cas.
4. BMW GINA
BMW GINA, rekaan dari syarikat German ini telah dibentuk pada tahun 2001. Rekaan ini telah mendapat perhatian kerana diperbuat dari bahan yang unik.
Berbeza dengan kereta buatan jenama lain, yang diperbuat dengan bahan yang ringan dan kuat seperti aluminium atau gentian karbon, BMW GINA mengunakan fabric yang sangat kuat dan mudah di renggang ke casis kereta.
Fabric yang digunakan juga difahamkan boleh berubah ke pelbagai bentuk. Ciri-ciri istimewa yang lain adalah seperti kerusi dan stereng yang dapat digerakkan secara automatik mengikut kesesuaian pengguna. Macam batmobile. Garang gila!