Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
David Beckham with Px8 S2 – 1

Bowers & Wilkins Lancar Fon Kepala Premium Berharga RM3,299

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Bowers & Wilkins memperkenalkan Px8 S2, fon kepala tanpa wayar baharu yang menawarkan  prestasi audio premium dan mewah.

Dilengkapi unit pemacu Carbon Cone 40mm, fon kepala ini menawarkan kejelasan dan dinamik yang disokong oleh amplifier khusus untuk pengalaman audio yang mendalam.

Bowers & Wilkins Lancar Fon Kepala Premium Berharga RM3,299

Fon kepala ini dilengkapi sebanyak 8 mikrofon untuk pembatalan bunyi dan kejelasan suara semasa panggilan serta bateri tahan sehingga 30 jam.

Px8 S2 Warm Stone – Background
Reka bentuknya diperhalusi dengan kulit Nappa ultra-lembut dan lengan aluminium ringan, tersedia dalam warna Onyx Black dan Warm Stone.
Px8 S2 Onyx Black – Background
Px8 S2 menyokong pengecasan pantas dengan 15 minit pengecasan berikan 7 jam tambahan.
Px8 S2 Warm Stone – Product 2
Px8 S2 juga menawarkan sambungan analog 3.5mm dan USB-C.
Px8 S2 Onyx Black – Product 3

Selain itu, antara ciri utama Px8 S2 yang lain adalah sokongan aptX Adaptive dan Lossless audio, serta penstriman resolusi tinggi melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music.

Ia juga menyokong kemas kini OTA termasuk audio spatial dan Bluetooth LE Audio.

Pada harga RM3,299, Bowers & Wilkins Px8 S2 direka untuk gaya hidup aktif dan mewah dengan menampilkan teknologi pembatalan bunyi aktif terkini, keselesaan, dan kualiti bunyi premium yang mengagumkan.

Barisan produk Bowers & Wilkins boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzb64
  • Lazada – https://invl.me/clmzb5q

Berkaitan

  • Bowers & Wilkins Kini Milik Samsung – Perjanjian RM1.5 Bilion Kukuhkan Kuasa Audio Premium
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Hot Wheels Dan Futura Berkolaborasi Hasilkan Edisi Terhad Mitsubishi 3000GT VR-4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY