Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google wallet

4 Cara Untuk Anda Menggunakan Google Wallet Di 57 Buah Negara

Diterbitkan November 17, 2022 · Dikemas kini November 17, 2022 oleh ariff bukhari

Perkhidmatan Google Wallet telah pun dilancarkan Google sejak awal tahun ini. Tetapi kini servis itu sudah pun mula ditawarkan di 12 buah negara lagi termasuklah Malaysia.

Google menyatakan setakat ini Google Wallet sudah boleh digunakan di 57 buah negara.

Berikuta adalah senarai 57 buah negara yang sudah menerima Google Wallet.

4 Cara Untuk Anda Menggunakan Google Wallet Di 57 Buah Negara

Berkaitan

  • Kedai Papan Kekunci Mecha Dibuka Malaysia, Rasa Dan Reka 'Keyboard' Anda Ikut Citarasa Sendiri
  • Google Wallet Rasmi Di Malaysia, Ini Bank Yang Sokong Dan Cara Pasang
  • Ini Senarai Lokasi Terbaru Dengan Akses Liputan Yes 5G

Google menjelaskan, terdapat sebanyak 4 cara untuk anda menggunakan Google Wallet iaitu:

1. Buat pembayaran denagn cepat dan selamat terus daripada jam tangan anda: Bulan lepas Google telah menambahkan ciri Wallet pada jam pintar Google Pixel Watch supaya anda boleh membuat pembayaran tanpa sentuh dengan mudah. Tetapi kini ia diperluakan kepada pengguna Fitbit Sense 2 atau Versa 4 juga.

2. Tap dan bayar pada transit awam: Jika anda pengguna pengangkutan awam, anda boleh menggunakan Wallet untuk tap dan membayar diratusan bandar di seluruh dunia. Baru-baru ini Google telah menambah sokongan untuk PASMO di Jepun pada peranti mudah alih dan melancarkan Suica pada Google Pixel Watch.

3. Simpan tiket mudah alih untuk acara dan rancangan: Google bekerjasama dengan banyak syarikat — termasuklah Ticketmaster, Thaiticketmajor di Thailand, Cinemaxx di Jerman dan Ticketek, Humanitix dan Oztix di Australia di mana pengguna Android boleh menambahkan tiket acara mudah alih pada Wallet mereka.

4. Akses pas masuk: Untuk memudahkan perjalanan udara, Google bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, Air France, China Air, Ryanair dan United Airlines untuk membantu pengembara dengan mudah menyimpan dan mengakses pas masuk mudah alih mereka di Wallet. Anda juga boleh menyimpan berbilang pas masuk jika anda melancong bersama keluarga atau rakan.

Google berkata, servis Wallet mereka akan terus diperluaskan di lebih banyak negara serta akan menyokong lebih banyak lagi ciri-ciri menarik yang memudahkan penggunanya di seluruh dunia.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY