Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4 Cara Mudah Lajukan Muat Turun Dan Muat Naik Fail Di Windows 10

Posted on Mei 7, 2021

Di era serba moden kini adalah menjadi rutin sebahagian besar dari kita memuat naik dan memuat turun fail yang bersaiz besar.

Tetapi kadang-kala prestasi rangkaian yang lemah membantutkan proses melakukan aktiviti tersebut.

Jadi di sini dikongsikan 5 cara mudah yang dapat anda melajukan proses muat turun dan muat naik fail dari komputer Windows 10.

1. Tutup tab dan aplikasi aktif

Mungkin anda tak tahu, apabila terlalu banyak tab serta aplikasi dibuka, boleh menyebabkan kelajuan internet pada komputer anda menjadi lemah.

Jadi langkah mudah dengan menutup tab dan aplikasi aktif di komputer anda akan dapat melajukan kelajuan internet pada komputer tersebut.

2. Nyah aktif Metered Connection

  • Buka menu Start dan klik Settings

  • Pilih Network & Internet.

  • Klik PropertiesĀ 

  • Seterusnya di tetapan Metered Connection, pastikan ia ditutup.

3. Nyah aktif aplikasi latar

Satu lagi sebab internet di komputer Windows 10 anda menjadi perlahan adalah disebabkan oleh aplikasi latar yang menggunakan internet.

Jadi, anda boleh nyah aktifkan aplikasi latar yang tidak perlu dalam tetapan Privacy.

Start > Settings > Privacy > Background Apps > Off

4. Gunakan sambungan kabelĀ 

Langkah mudah seterusnya bagi melajukan proses muat turun dan muat naik fail di komputer Windows 10 anda adalah dengan menggunakan sambungan kabel.

Ia adalah langkah ringkas yang memberikan capaian internet lebih laju dan stabil berbanding sambungan menerusi Wi-Fi.

Ini adalah antara cara mudah yang boleh melajukan internet bagi muat turun dan muat naik fail di Windows 10.

Moga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress