Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
36.5 Juta Pengguna Android Dijangkiti Malware ‘Judy’

36.5 Juta Pengguna Android Dijangkiti Malware ‘Judy’

Diterbitkan Mei 29, 2017 oleh Wiser MY

Peranti Android dikatakan telah dijangkiti sejenis malware dipanggil ‘Judy’ yang telah menjangkiti sebanyak 36.5 juta pengguna.

Ini tidak mengejutkan kerana sudah banyak applikasi yang sudah dijangkiti oleh pepijat seperti ini dan sudah berada di dalam Play Store lebih dari 1 tahun.

Walaupun begitu, mereka bersifat tidak aktif dan kehadiran mereka dikesan baru-baru ini.

Mengikut laporan Checkpoint, sebuah firma keselamatan, ‘Judy’ menyerang kebanyakkan peranti melalui permainan aplikasi fesyen dan juga memasak.

Malware itu tidak dikesan kerana muatan yang dijangkiti telah dimuat turun secara luaran dari server bukan Google setelah aplikasi itu dipasang.

Selepas dipasang, perisian itu akan menggunakan telefon yang dijangkiti untuk menekan sesetengah iklan Google Ads untuk meningkatkan perolehan si penyerang.

Firma keselamatan itu menambah yang penyebaran malware itu belum lagi dipastikan kerana ‘Judy’ mempunyai senarai applikasi yang menyeluruh yang tidak lagi diperiksa dalam analisis Checkpoint.

Google Play telah mengeluarkan hampir kesemua aplikasi yang berpotensi yang dikeluarkan oleh pembangun dari Korea, Enistudio.

Malware itu juga dijumpai di bawah pembangun yang berlainan.

Walaupun hampir 36 juta peranti telah dijangkiti, tiada bukti lagi setakat ini yang maklumat pengguna telah dijangkiti telah diambil.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY