3 Cara Untuk Semak Bagaimana Seseorang Boleh Cari Anda Di Facebook

Adakalanya, anda mungkin memerlukan privasi di media sosial. Ianya termasuk bagaimana seseorang boleh mencari anda di Facebook. Bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kehendak anda, Facebook menyediakan tiga pilihan tetapan yang boleh anda lakukan untuk seseorang mencari anda.

Untuk menyemak atau mengubah tetapan ini, terlebih dahulu anda perlu ke bahagian Menu > Settings > Privacy settings > Privacy Checkup > How people can find you on Facebook.

Permintaan Rakan


Untuk permintaan rakan atau friend requests, anda mempunyai dua pilihan tetapan.

semak tetapan carian Facebook

Bagi friends of friends, hanya seseorang yang mempunyai mutual friend atau kawan bersama sahaja yang boleh membuat permintaan rakan. Sementara Everyone adalah terbuka untuk sesiapa sahaja.

Nombor telefon dan alamat e-mel


Ianya adalah perkara biasa apabila pemilik akaun mempunyai nama yang sama dengan orang lain. Dengan itu, Facebook menawarkan beberapa cara untuk memudahkan seseorang membuat carian antara satu sama lain. Bagi carian menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel, terdapat empat pilihan yang disertakan.

semak tetapan carian Facebook

Anda boleh memilih sama ada inginkan privasi tanpa membenarkan sesiapa mencari anda menggunakan nombor telefon dan alamat e-mel, atau sebaliknya.

Enjin Carian


Menurut Facebook, enjin carian seperti Google boleh membuat pautan ke profil anda untuk memudahkan seseorang membuat carian. Jika fungsi ini tidak diaktifkan, carian di Google dan sebagainya tidak akan menjumpai profil anda.

Bagaimanapun, carian di Facebook masih berfungsi seperti biasa.



Setelah selesai, anda juga boleh membuat suntingan tetapan ini pada bila-bila masa di bahagian Settings.