Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Android TV Box Berkualiti Dan Mampu Milik

3 Android TV Box Berkualiti Dan Mampu Milik

Diterbitkan Februari 28, 2019 oleh Tips Gajet

Senarai terkini: Android Box Terbaik, disusun oleh editor Wiser dengan harga semasa di Malaysia.

Kepada anda yang gemar menonton rancangan TV atas talian seperti Netflix, iFlix dan lain – lain adalah menjadi suatu keperluan untuk memiliki Smart TV. Namun oleh kerana harganya yang agak mahal kebanyakan daripada kita keberatan untuk membelinya.

Sebagai alternatif kepada Smart TV, anda boleh sahaja membeli peranti Android Box yang mana ianya boleh disambungkan kepada TV biasa untuk membolehkan anda menikmati fungsi yang sama seperti yang tersedia pada Smart TV. Peranti Android Box ini boleh didapati dengan mudah pada kedai atas talian, namun begitu anda perlu berhati – hati memilih peranti ini, jangan sampai tertipu dengan harga tawaran yang murah.

Kebanyakan peranti dengan harga yang murah mempunyai spesifikasi yang sangat rendah, terutamanya kapasiti RAM dan ROM yang sangat kecil simpanannya. Ini akan menyebabkan peranti tidak dapat berjalan dengan lancar setelah beberapa hari digunakan, ruangan storan yang kecil menyebabkan peranti akan cepat “Hanged”.

Kepada anda yang bercadang untuk membeli Android Box, berikut kami cadangkan 3 peranti berkualiti dengan harga mampu milik.

1. New A5X Max Plus ANdroid 8.1 Smart TV

3 Android TV Box Berkualiti Dan Mampu MilikDengan harga serendah RM215, peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi seperti berikut.

RAM : 4GB

ROM :  64GB

CPU : RK3328 Quad-Core Cortex-A53

Mendapat maklum balas yang sangat positif oleh penggunanya. Ia boleh didapati dalam portal kedai atas talian seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.

2. T9 TV Box

 

3 Android TV Box Berkualiti Dan Mampu Milik

Harga yang ditawarkan diatas talian RM242, Peranti ini datang dengan spesifikasi seperti berikut

RAM : 4GB

ROM : 32GB

CPU : RK3328 Quad-Core Cortex-A53

Dilengkapi dengan teknologi Bluetooth terkini, peranti ini boleh didapati diportal atas talian.

3. Pulierde X96 Max

3 Android TV Box Berkualiti Dan Mampu Milik

Peranti ini ditawarkan dengan harga yang agak mahal berbanding dengan 2 model yang sebelum ini. Namun ianya dikatakan berbaloi untuk dimiliki oleh kerana kualiti premium yang ditawarkan. Maklum balas daripada pengguna menyatakan bahawa peranti ini memiliki sisitem operasi Android yang sangat stabil dan jarang berlakunya apps crash, “Hanged” dan lain – lain masalah tipikal peranti Android.

Dilengkapi dengan spesifikasi seperti berikut.

RAM : 4GB

ROM : 32GB

CPU : Amlogic S905X2 Quad Core

Kelajuan proses pemindahan data dan Bluetooth juga berada pada kelasnya tersendiri. Apapun sekiranya anda merasakan peranti ini mahal harganya dan diluar bajet, boleh sahaja mencuba dua model diatas.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
©2026 WISER.MY