Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Juta Akaun WhatsApp Dibuang Setiap Bulan Kerana Masalah Spam

2 Juta Akaun WhatsApp Dibuang Setiap Bulan Kerana Masalah Spam

Diterbitkan Februari 7, 2019 · Dikemas kini Februari 7, 2019 oleh Haikel Areff

Sebagai sebuah aplikasi permesejan atas talian yang digunakan oleh lebih 1 billion pengguna, pastinya sukar untuk membendung masalah spam atau penyebaran berita palsu yang berlaku pada aplikasi WhatsApp.

Masalah ini kembali menjadi perhatian menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung di India pada bulan April atau Mei nanti.

Ini kerana ia mungkin akan dijadikan platform bagi menyebarkan berita palsu dalam usaha untuk memenangi hati pengundi di sana.

WhatsApp telah memberi jawapan kepada kebimbangan itu dalam satu persidangan yang diadakan di New Delhi baru-baru ini.

maxresdefault (2)
Gambar Hiasan, Matt Jones(USENIX)

Menurut jurutera perisian WhatsApp, Matt Jones, mereka bukan sahaja telah memadamkan sekitar 2 juta akaun setiap bulan, malah menyatakan mereka mampu untuk mengharamkan 20% daripada akaun tersebut sebaik ia didaftarkan.

Syarikat tersebut turut memberitahu bahawa 75% akaun telah dihalang menggunakan algorithm atau tanpa menggunakan tenaga manusia.

Mereka mengesan akaun palsu ini melalui alamat IP, nombor telefon, usia akaun serta kadar kekerapan akaun tersebut menghantar mesej sejurus selepas ia didaftarkan.

Sebelum ini, WhatsApp telah mengehadkan pemanjangan mesej kepada lima kali sahaja bagi membendung masalah spam dan tindakan memadam akaun ini juga menunjukkan WhatsApp benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.

Syarikat induk mereka, Facebook beberapa tahun lepas telah terpalit dengan kontroversi berkaitan pemilihan presiden Amerika Syarikat dan mereka ternyata tidak mahu perkara sama berulang pada aplikasi WhatsApp pula kali ini.

 

Sumber: VentureBeat   Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY