Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

Diterbitkan Jun 12, 2018 · Dikemas kini Jun 14, 2018 oleh Tips Gajet

Penggunaan peranti storan mudah alih ataupun lebih dikenali sebagai Thumbdrive boleh dikatakan sangat sinonim dengan keperluan digital masyarakat kita.

Selain daripada saiz fizikalnya yang sangat kecil ianya juga dapat diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan.

Namun terdapat satu kekurangan Thumbdrive jika ingin dibandingkan dengan cakera keras ialah kelajuannya untuk memindahkan data yang agak perlahan. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menambah baik kelajuan peranti Thumbdrive.

 

Kaedah 1 : Format Menggunakan NTFS 

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  “Properties” dan pilih “Format.”

Langkah 4: Pada menu “File System” pilih  “NTFS.”

Langkah 5: Akhir sekali klik “Format.”

2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

 

Kaedah 2 : Ubah polisi peranti

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  “Properties” dan klik pada tab “Hardware”

Langkah 4 : Pada senarai pemacu yang tertera, pilih pada nama Thumbdrive yang anda gunakan. Kemudian klik pada tombol “Properties”

Langkah 5 : Klik pada menu “Change Setting“, seterusnya klik pada tab “Policies” yang muncul selepas itu

Langkah 6 : terakhir sekali, tandakan pada kotak yang tertera “Better Performance Option.”

2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada “Thumbdrive”

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY