ESLOV memiliki beberapa module pintar yang boleh disambungkan untuk menghasilkan ‘peranti’ tanpa perlu pengetahuan hardware dan sistem programming. Anda hanya perlu sambungkan modules menggunakan kabel atau pasangkannya di belakang Wi-Fi dan Motion hub. Selepas itu, sambungkan hub tersebut ke PC.
Visual Code Editor ESLOV akan mengenalpasti secara automatik setiap module dan memaparkannya di skrin PC anda. Lukiskan sambungan antara modules di dalam editor dan lihat ‘peranti’ anda berfungsi. Daripada situ, anda boleh terbitkan projek anda ke Arduino Cloud dan mengawal peranti anda walau dimana saja (termasuk telefon pintar anda). Arduino Cloud memudahkan interaksi yang kompleks dengan slide, butang, gambar rajah dan lain-lain yang mesra pengguna.
Module dan hub ESLOV boleh diprogramkan dengan Arduino Editor. Anda boleh menggunkan online editor atau di desktop (IDE-based). Dengan fungsi libraries, anda boleh ubah-suai module yang sedia ada dan menambah -baik fungsi hub dan juga ubah-suai protokol kedua-dua hub dan module.
Dengan jumlah 25 module- dengan fungsi butang, LED, sensor kualiti udara, servos dan pelbagai lagi- anda boleh mencipta pelbagai benda. Seperti contoh, anda boleh menghasilkan sebuah monitor yang memastikan bayi anda selamat, menghasilkan mesin basuh dengan sensor yang memberitahu tugas sudah selesai, dan menghasilkan sensor lampu rumah yang mampu di kawal walaupun di luar rumah.
Dari segi hardware, hub utama akan memiliki Microchip SAM D21 ARM Cortex-M0+MCU pada kadar 48MHz dengan fungsi Wi-Fi (sama seperti MKR1000). Setiap module berukuran 25 x 2.5 cm, dengan kuasa 3.3V, dan papan board dengan ciri pemposes yang sama dengan Arduino/Genuino UNO: Microchip ATmega328P. Dikatakan ianya akan muncul dipasaran pada Jun tahun depan.
Setiap module boleh diprogramkan melalui 12C bus atau program luar. Hardware ESLOV akan memiliki firmware dari Arduino untuk setiap satu fungsi. Penyambungan ESLOV mempunyai 5 pin (lebih satu pin dari 12C) untuk konfigurasi module secara automatik dan sleeping state untuk menambah-baik jangka hayat bateri. Firmware setiap module dan software hub boleh dikemaskini menggunakan kabel USB atau OTA.
Sumber
Berkaitan
- Acara Pelancaran iPhone X- Apple Watch Diperkenalkan, Mampu Membuat Panggilan Terus Dari Tangan
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Huawei P30 Pro Sah Akan Hadir Dengan Kamera Periskop "Superzoom"
- Manifesto Xiaomi Tertunai Dengan Pelancaran Poco F1, Peranti Snapdragon 845 Termurah Masa Kini
- Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja
- Pokemon Go Berkolaborasi Bersama Starbucks Untuk Kemaskini Terbaru Mereka.
- Turing HubblePhone : Peranti Skrin Boleh Lipat Multi-Dimensi Bakal Hadir Pada 2020
- Kalamata - Apple Inc, Intel Corp Mungkin Tamatkan Kerjasama
- UiTM Keluar Kenyataan Rasmi Berkaitan Kebocoran Data Pelajar & Alumni
- Facebook Group Mungkin Akan Mengenakan Cas Bulanan Kepada Ahlinya Tidak Lama Lagi