16 Pasukan Bakal Berentap Di Pentas Akhir PMCO 2019 Hujung Bulan Ini

Baru-baru ini PUBG Mobile mengadakan festival permainan selama dua hari yang disokong oleh Vivo sebagai penaja rasmi dan merupakan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara ini diadakan juga bertujuan untuk membuat pengumuman mengenai kejohanan PUBG Mobile Clup Open 2019 (PMCO) Fall Split Global Finals.

Hadir bersama memeriahkan majlis adalah (YB) Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan yang juga disertai James Yang, Pengarah PUBG Mobile Global eSports.

PMCO 2019 Fall Split Global Finals ini akan menjadi acara e-sukan terbesar di dunia dengan melihat sejumlah 16 pasukan profesional dan separa profesional dari 10 wilayah di seluruh dunia berjuang merebut hadiah utama.

https://www.youtube.com/watch?v=bL4aPGMTq10

Mike Xu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia berkata, “Pembangunan teknologi hari ini dapat memperlihatkan kejohanan PMCO lahir dari satu bentuk kerjasama antara sukan dan teknologi. Kami berbangga untuk turut terlibat dan mengambil bahagian dalam kejohanan ini sambil dapat mempromosikan lagi produk keluaran terbaru kami, iaitu Vivo V17 Pro”.

"Kami berdua bangga apabila PUBG Mobile telah memilih Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi untuk mereka anjurkan kejohanan e-sukan mudah alih yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat pada tahun ini", kata YB Syed Saddiq.

PMCO 2019 Fall Split Global Finals ini dijadualkan akan berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember 2019 di Putra World Trade Centre (PWTC) dan kini tiketnya sudah boleh mula didapatkan.

Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai PMCO 2019, boleh klik di sini.