POCO M4 Pro Dan X4 Pro 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899

Sebentar tadi telah berlangsung pelancaran 2 model peranti dari POCO iaitu POCO X4 Pro 5G dan POCO M4 Pro di acara MWC Barcelona 2022. Ini merupakan pelancaran pertama POCO di MWC. Jadi apa yang membuatkan POCO menyertai acara ini? Mari kita lihat.

POCO X4 Pro 5G


Sebagai telefon pintar terkini dengan memberi pengalaman seperti peranti andalan, POCO X4 Pro 5G ini dapat memenuhi kehendak pengguna untuk kegunaan harian.

Hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci AMOLED FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar input sentuh 360Hz dan gamut warna DCI-P3, warna yang dipaparkan lebih menarik dan menonjol. Tambahan pula dengan pengesahan penjagaan mata SGS, anda tidak perlu risau untuk main permainan video untuk jangka masa yang lama.



Rekaan belakang pada peranti ini juga agak unik. Pada bahagian kamera, ia mempunyai bonggol yang tebal dan melintang walaupun modul kameranya hanya berada di sebelah kiri. Bercakap tentang kamera, POCO X4 Pro ini didatangkan dengan 108MP kamera utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP kamera swafoto.

Menguasakan peranti ini adalah Snapdragon 695 5G yang menggunakan teknologi 6nm. Cip ini mampu memberikan penjimatan kuasa serta memberikan kelajuan sehingga 2.2GHz yang dikatakan setanding prestasi peranti andalan.

Jika anda rasa 8GB RAM tidak mencukupi, anda tidak perlu risau kerana anda boleh menambah RAM sehingga 3GB daripada 256GB storan dengan fungsi Dynamic RAM Expansion untuk pengalaman yang lebih lancar.

Dipadankan pula dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan pengecasan pantas 67W, anda boleh guna peranti ini seharian tanpa perlu hiraukan kehabisan bateri.


POCO M4 Pro


Peranti kedua pula adalah POCO M4 Pro. Skrin yang digunakan bersaiz 6.43 inci jenis AMOLED FHD+, kadar segar semula 90Hz dan kadar input sentuh 180Hz. Selain itu, ia juga mempunyai pengesahan penjagaan mata SGS seperti yang terdapat pada POCO X4 Pro 5G.

Rekaan pada bahagian kamera juga masih sama iaitu mempunyai bonggol yang tebal dan melintang. Juga hadir dengan 3 sistem kamera dan seperti POCO X4 Pro cuma perbezaannya pada kamera utama yang digunakan iaitu 64MP.

POCO M4 juga merupakan peranti yang paling ringan dihasilkan oleh POCO. Walaupun begitu, peranti ini masih lagi mampu disumbatkan dengan bateri besar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.



POCO M4 Pro dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek G96. Juga hadir dengan pilihan varian 8GB RAM dan masih mempunyai fungsi Dynamic RAM Expansion. Ditambah pula dengan teknologi LiquidCool 1.0 Plus, ia sentiasa memastikan suhu peranti ini tidak terlalu tinggi.

Kedua-duanya akan menjalankan sistem operasi MIUI 13 terbaharu yang lebih stabil dan lebih dioptimasikan kepada pengalaman penggunaan.

POCO x4 Pro 5G dan POCO M4 Pro masing-masing akan mempunyai 2 varian iaitu 6GB+128GB dan 8GB+256GB. Untuk POCO X4 Pro 5G, akan ada 3 pilihan warna iaitu Laser Black, Laser Blue, dan POCO Yellow manakala bagi POCO M4 Pro pula Power Black, Cool Blue, dan POCO Yellow.

Harga


Walaupun dilancarkan secara global tetapi jangan risau kerana peminat tempatan sudah boleh mula membelinya bermula 3 Mac ini. Berikut adalah harga bagi kedua-duanya.



POCO X4 Pro 5G

POCO M4 Pro

Sebagai ganjaran, jika anda membeli mana-mana peranti ini, POCO akan memberikan langganan YouTube Premium selama 2 bulan secara percuma. Jadi anda boleh menonton video di YouTube tanpa iklan.