Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android

Selamat Tinggal, Samsung Sahkan Tiada Lagi Siri Note Dilancarkan

Diterbitkan Mac 1, 2022 ยท Dikemas kini Mac 1, 2022 oleh Amsyar Latif

Bermula tahun lalu lagi, banyak khabar angin bertiup yang mengatakan siri Samsung Galaxy Note bakal terkubur kerana katanya siri Galaxy S yang menggantikannya.

Memang benar, persoalan tersebut sudah pun terjawab selepas pelancaran Galaxy S22 Ultra di mana ia hadir dengan rekaan mirip Galaxy Note – rekaan besar, spesifikasi tinggi dan slot S Pen terbina.

Sekiranya ada masih tertanya-tanya mana siri Galaxy Note, anda boleh simpan hasrat itu dan bagi peminat siri ini, mungkin boleh menangis di bucu katil.

Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
S22 Ultra

Hal ini kerana Ketua Perniagaan Samsung – Dr. TM Roh semasa acara MWC 2022 mengesahkan bahawa model Galaxy Ultra bakal memikul tanggungjawab serta legasi Galaxy Note.

Melaluinya, secara rasmi kita tidak akan dapat lagi melihatnya pada masa hadapan dan ia sudah pun mati walaupun S22 Ultra itu ialah Note yang baharu.

Jika diikutkan, Galaxy Note sudah tidak diperlukan lagi memandangkan Galaxy S22 Ultra sudah berkongsi ciri sama. Bahkan, Samsung turut dikhabarkan untuk menawarkan slot S Pen buat peranti lipatnya pula nanti.

Sumber: dailian

Baca juga:

  • Galaxy S22 Ultra Model Exynos Alami Isu Paparan, Kemas Kini Akan Diberi Secepat Mungkin

  • Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung

  • Lenovo Legion Y90 – Telefon Gaming Yang Hadir Dengan SSD RAID 0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY