Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

15 Daripada 23 Monyet Yang Otak Ditanam Cip Neuralink Didapati Mati

Posted on Februari 14, 2022Februari 15, 2022

Neuralink ialah syarikat dimiliki oleh Elon Musk yang membawa misi untuk memb0lehkan manusia berinteraksi dengan mesin (peranti) secara langsung melalui otak manusia.

Dengan teknologi buatan Neuralink ini, seseorang boleh berkomunikasi seperti menaip dan membuat pesanan suara tanpa perlu memegang telefon kerana ia dilakukan terus daripada isyarat yang dihasilkan otak. Ini akan memanfaatkan pesakit lumpuh dan mereka yang mempunyai kekakangan fizikal.

Setakat ini, mereka masih mengujinya tidak kepada manusia tetapi monyet. Seperti kita ketahui, monyet ialah haiwan yang mempunyai sifat fizikal dan biologi yang hampir sama dengan manusia.

Namun, tidak semuanya indah seperti khabar. Sebuah kumpulan hak asasi haiwan iaitu Physicians Committee for Responsible Medicine (PCRM) telah meneliti beberapa dokumen dengan 700 muka surat berkenaan ujian Neuralink terhadap monyet-monyet milik mereka.

Mereka mendapati sekurang-kurangnya 15 daripada 23 monyet yang ditanam cip Neuralink di University of California dari 2017-2020 telah mati.

PCRM mendapati terdapat penderitaan yang melampau akibat penjagaan haiwan yang tidak mencukupi dan eksperimen yang sangat invasif.

Untuk menanam cip Neuralink, tengkorak monyet-monyet perlu ditebuk terlebih dahulu bagi memasukkannya. Seekor monyet didapati mengalami jangkitan kulit berdarah sehingga perlu dibunuh dengan kaedah eutanasia (euthanized).

Menurut DBP, eutanasia bermaksud perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab.

Monyet yang lain pula didapati kehilangan jari dan ibu jari kaki dipercayai akibat trauma atau dilakukan sendiri. Beberapa ekor yang lain pula muntah-muntah selepas dilakukan pembedahan dan kemudiannya rebah akibat terlalu penat. Hasil bedah siasat menunjukkan mereka mengalami pendarahan otak.

PCRM telah membuat aduan kepada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, menuduh Neuralink dan University of California Davis telah melakukan 9 kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan.

Pihak University of California Davis berkata mereka telah berhenti bekerjasama dengan syarikat Elon Musk sejak 2020. Neuralink sehingga kini masih tidak memberikan maklum balas tentang isu.

Tempoh hari Elon Musk ada berkongsi video monyetnya bermain permainan video dengan cip Neuralink telah ditanam pada otaknya.

Sumber: Consequence

Baca juga:

  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress