Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek Neuralink Elon Musk Kini Bersedia Untuk Diuji Ke Atas Manusia

Projek Neuralink Elon Musk Kini Bersedia Untuk Diuji Ke Atas Manusia

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Meor Hasyim

Neuralink adalah merupakan syarikat milik Elon Musk yang dibangunkan untuk mencipta kaedah komunikasi terus ke otak melalui antaramuka mesin.

Dengan Neuralink, projek itu bertujuan untuk membantu golongan yang motornya terkesan akibat kerosakan otak atau tulang belakang dengan memberikan input terus dari otak menggunakan mesin itu.

Antara impak mesin ini adalah seperti boleh membantu golongan lumpuh leher ke bawah untuk berjalan semula.

Projek Neuralink Elon Musk Kini Bersedia Untuk Diuji Ke Atas Manusia

Elon Musk juga percaya Neuralink boleh memulihkan semula pergerakan seseorang yang mempunyai kerosakan tulang belakang.

Terkini, Neuralink mengumumkan syarikat itu sudah bersedia untuk menguji mesin mereka ke atas manusia.

Sebelum ini, Neuralink telah pun menguji mesin mereka kepada haiwan seperti babi dan monyet yang bermain MindPong.

Buat masa ini, syarikat itu sedang merekrut pengarah klinikal untuk membimbing pasukan Neuralink bagi menjayakan percubaan mereka ke atas manusia.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Tiada Lagi Kereta Dengan 100% Enjin Petrol, Lamborghini Beralih Ke Elektrik Tahun 2024
  • Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini
  • Laman Rasmi Samsung ‘Kantoikan’ Tarikh Pelancaran Galaxy S22, Khabar Angin Kuat Mengatakan Awal Februari Ini

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY