Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Melancarkan Galaxy A52s, Lebih Berkuasa

13 Model Telefon Pintar Android Ini Masih Lagi Belum Menyokong Rangkaian 5G Malaysia

Diterbitkan November 11, 2022 · Dikemas kini November 11, 2022 oleh ariff bukhari

Walaupun 12 jenama telefon pintar Android sudah disenaraikan sebagai tersedia menyokong rangkaian 5G di Malaysia, tetapi bukanlah semua model-model telefon pintar Android keluaran mereka itu tersedia menyokongnya.

Berdasarkan kepada semakan terkini di laman rasmi Digital Nasional Berhad (DNB), masih terdapat pelbagai model telefon pintar Android dari 4 pengeluar masih belum lagi menyokong rangkaian 5G Malaysia.

Berikut adalah 13 model telefon pintar Android yang masih belum tetapi disenaraikan akan menyokong rangkaian 5G Malaysia tidak lama lagi:-

Motorola

  • Moto Edge 20 Pro
  • Moto Edge 30 Pro
  • Moto G51 5G

ASUS

  • Zenfone 8
  • Zenfone 8 Flip

Samsung

  • Galaxy A32 5G
  • Galaxy A52 5G
  • Galaxy A52S 5G
  • Galaxy M52 5G
  • Galaxy Note 20 Ultra 5G
  • Galaxy S20 Ultra 5G
  • Galaxy S21 FE 5G

TCL

  • TCL 20R 5G

DNB menyatakan bahawa, pihak mereka tidak memberi perakuan atau meluluskan peranti 5G.

Sebaliknya masa yang diambil untuk peranti menjadi sedia 5G adalah bergantung pada proses khusus oleh setiap pengeluar. DNB tidak terlibat dalam pensijilan peranti.
Pensijilan peranti diterajui oleh SIRIM – di bawah bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – sebagaimana prosedur standard.
Sumber: Digital Nasional Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Leica Leitz Phone 2 Dilancarkan - Kamera 47.2MP Dengan Sensor 1-Inci, Cip Snapdragon 8 Gen 1
  • realme 10 Sudah Rasmi Untuk Pasaran Global - Skrin Super AMOLED, Cip Helio G99
  • Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Adalah 16.8 Kali Lebih Pantas Daripada 4G - Opensignal

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY