11Street Sudah Buka Pra-Tempah Untuk iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba, bagi anda yang tidak sabar-sabar lagi untuk memiliki iPhone 8 atau iPhone 8 Plus, pra-tempah bagi kedua-dua model ini telah pun bermula.

Salah satu laman e-dagang popular, 11Street dilihat sudah mula mengambil tempahan produk Apple berkenaan yang mana ia akan berakhir pada 30 September nanti.

Masing-masing akan dijual pada harga...

  • iPhone 8 64GB – RM3649

  • iPhone 8 256GB – RM4399

  • iPhone 8 Plus 64GB – RM4149

  • iPhone 8 Plus 256GB – RM4899


...bakal pembeli akan menerima aksesori tambahan secara percuma yang bernilai RM200 serta waranti selama 1 tahun daripada Apple Malaysia.

Antara aksesori yang akan diberi adalah...

  • 1 unit Remax Lesu - Lightning USB Cable

  • 1 unit KJD tempered glass

  • 1 unit Cager Power Bank S15 6000mAh

  • 1 unit KJD Back case




Untuk membuat tempahan, anda boleh layari 11Street Malaysia.

Sumber: 11Street Malaysia via TechNave