5 Aplikasi Android Terbaik Buat Anda Yang Gemar Melukis

Anda gemar melukis menggunakan telefon pintar dan tablet?

Masih mencari-cari aplikasi terbaik untuk digunakan?

Kali ini Wiser.my ingin berkongsi 5 aplikasi lukisan terbaik yang boleh anda muat turun dari Google PlayStore.

1. dotpict



Aplikasi unik ini membolehkan anda berkarya dengan seni piksel. Memaparkan garisan kotak-kotak yang memudahkan anda untuk melukis.

2. Ibis Paint X



Memiliki pelbagai ciri yang menyeronokkan. Dilengkapi dengan hampir 140 jenis berus dan pelbagai pen yang boleh membantu anda menghasilkan lukisan seperti diatas kertas.

3. Learn How to Draw



Melihat kepada nama pun sudah kita boleh agak bahawa aplikasi ini berupaya mengajar anda bagaimana untuk melukis. Aplikasi ini diilhamkan oleh pelukis komik Marvel, Will Sliney.

4. MediBang Paint - Make Art !



Aplikasi dikatakan terkenal kerana ditawarkan dalam pelbagai platform seperti...

  • telefon pintar,

  • Mac, dan

  • Windows.


Ia turut dilengkapi dengan ciri storan awan, bermaksud anda boleh bergerak kemana-mana platform diatas secara mudah.

5. PaperOne: Paint Draw Sketchbook



Satu lagi aplikasi yang menarik dicuba oleh anda. Ditawarkan dengan pelbagai ciri yang mampu memudahkan anda menghasilkan lukisan yang terbaik. Ia juga mempunyai fungsi mengimport foto dan tetapan kepada mod separa telus (translucent mode). Dengan itu anda boleh mengesan foto asal dan cuba belajar untuk melukisnya semula (tekap lukisan asal).

Untuk muat turun sila tekan pada nama aplikasi diatas dan semua aplikasi itu ditawarkan secara percuma. Tetapi mungkin sesetengah ciri yang ingin diakses perlu dibeli secara pembelian dalam aplikasi.