Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus 10 Pro Jengah Pasaran Global Hujung Mac Bulan Ini

Posted on Mac 1, 2022

Pete Lau dalam kenyataannya semalam mengatakan 2021 ialah tahun kejayaan paling besar untuk OnePlus dengan jualan 11 juta unit peranti, tertinggi dalam sejarah syarikat. Untuk 2022, mereka melihat momentum ini akan berterusan dengan pelancaran OnePlus 10 Pro.

Model andalan ini telah menjana lebih ¥100 juta dalam jualan pembukaannya dalam talian.

Dengan itu, OnePlus 10 Pro akan mula dipasarkan secara global bermula dengan Utara Amerika, India dan Eropah seawal penghujung Mac 2022. Beliau juga menekankan betapa penting pasaran India, Amerika Syarikat, Eropah dan China untuk jenama ini.

Markets.png

OnePlus juga akan mengembangkan lagi barisan produk di Mexico dan Kanada kelak serta untuk kali pertamanya akan dilancarkan di Selatan Amerika.

Tidak lupa juga pasaran Asia di mana Pete Lau berkata mereka juga akan mengukuhkan pengaruh di sini ekoran permintaan yang menggalakkan.

Di samping itu, benua Utara Afrika dan Timur Tengah juga tidak ketinggalan untuk OnePlus luaskan pasaran mereka.

Baca juga:

  • OnePlus Dijangka Lancar TWS Nord Dan Sebuah Lagi Telefon Baharu
  • Kali Ini OnePlus Melancarkan OnePlus 10 White Edition Pula Di China
  • OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress