Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

ZTE Akan Ada Teknologi Kamera Bawah Skrin Baharu

Posted on Jun 21, 2021Jun 21, 2021

ZTE merupakan jenama yang pertama tampil dengan kamera di bawah skrin yang sekali gus menyelesaikan masalah takuk atau paparan berlubang yang kita lihat pada hari ini.

Kini, jenama tersebut sedia untuk memperkenalkan sebuah telefon dengan menggunakan teknologi baharu atau generasi kedua bagi kamera di bawah skrin.

Kali ini, mereka menggunakan panel dari Visionox dimana ia hadir dengan susunan piksel serta diperbaharui agar kameranya tampak lebih jelas dan tidak berkabus.

Tambahan lagi, imej yang dimuat naik di weibo juga memperlihatkan prototaip telefon pintar ZTE, mungkin ia adalah siri Axon baharu nanti.

Buat pengetahuan, ujian swafoto telefon Axon 20 hanya memperoleh skor 26 sahaja dan adalah kedua terendah dalam carta. Kualiti imej boleh dikatakan tidak seperti yang kita harapkan.

Pun begitu, kebiasaannya generasi pertama sememangnya tidak sempurna. Mana tahu selepas ini ZTE mampu memberikan lebih baik atau boleh juga kita tunggu dan lihat teknologi dari Samsung pula kelak.

Sumber: weibo

Baca juga – Ini Skor DxOMark Bagi Telefon Pertama Guna Kamera Bawah Skrin

Baca juga – Ini 5 Model Telefon Pintar Dengan Keupayaan Muat Turun/Naik Data Terpantas Di Malaysia

Baca juga – Telefon Samsung Pertama Dengan Kamera Bawah Skrin Dijangka Tiba Tahun Ini

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress