Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Zoom Berhadapan Dengan Isu Keselamatan Dan Pendedahan Data Pengguna

Zoom Akan Tawarkan Panggilan Video Lebih Selamat Kepada Semua Pengguna Bermula Julai

Diterbitkan Jun 18, 2020 oleh Amalina Athman

Zoom sebelum ini telah mengumumkan hanya menawarkan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) kepada pengguna berbayar. Kini, aplikasi telesidang itu dilihat akan membuat pusingan kembali dengan memberikan fungsi tersebut kepada semua pengguna dan tidak lagi hanya khas untuk pengguna berbayar.

Sebelum dibenarkan mengguna fungsi ini, pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini secara percuma perlu memberikan maklumat seperti nombor telefon untuk tujuan pengesahan. Menurut Zoom, ia bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan untuk tujuan tertentu.

Zoom Akan Tawarkan Panggilan Video Lebih Selamat Kepada Semua Pengguna Bermula Julai

Bagaimanapun, masih ada kebimbangan jika syarikat ini dapat mengimbangi tahap keselamatan dengan baik serta dalam masa yang sama dapat mencegah eksploitasi kanak-kanak dan penyalahgunaan aplikasi ini.

Terdahulu, Zoom telah berhadapan dengan pelbagai skandal keselamatan. Dengan menawarkan fungsi penyulitan hujung ke hujung kepada semua pengguna, ia mungkin dapat mengembalikan semula kepercayaan pengguna. Bermula Julai 2020, Zoom dijangka akan melepaskan versi beta bagi fungsi penyulitan hujung ke hujung.

Sumber: Zoom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY