Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy bateri kembung

YouTuber Popular Dakwa Bateri Telefon Pintar Samsung Mengembung

Diterbitkan September 29, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang YouTuber terkenal bernama Arun Maini menerusi saluran YouTube nya Mrwhosetheboss mendakwa,bateri pada beberapa telefon pintar Samsung yang dimilikinya mengembung sehingga ada ada yang merosakkan peranti.

Beliau mendakwa, telefon-telefon pintar Samsung itu meliputi model-model Samsung Galaxy Note 8 keluaran tahun 2017,Galaxy S6 keluaran 2015 dan Galaxy S10 keluaran 2019.

Walhal kesemua peranti itu disimpan dalam bilik khas yang sama pada suhu yang sama dan sangat jarang digunakan bersama model telefon pintar dari jenama lain seperti Apple iPhone, ASUS  dan Google yang tidak pula mengalami isu bateri kembung.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Beliau memaklumkan, pihak Samsung sudah pun mengambil ketiga-tiga model telefon  pintar tersebut untuk siasatan pada awal Ogos lalu.

Tetapi sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang kemas kini status siasatan tersebut.

Mrwhosetheboss juga melihat keadaan bateri pada semua model telefon pintar Samsung yang lain yang ada dalam simpanannya dan mendapati isu bateri kembung yang sama turut dialami oleh Galaxy S8 keluaran 2017, Galaxy S10e dan Galaxy S10 5G 2019 dan Galaxy Z Fold 2.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY