Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmagic 9s pro

Siri RedMagic Terbaru Ini Atasi ROG Phone 8 Pro Dalam Carta Terkini Penanda Aras AnTuTu

Diterbitkan Oktober 4, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan carta terkini penanda aras AnTuTu bagi telefon pintar paling berprestasi yang dijual di pasaran China, RedMagic 9S Pro+ telah merampas takhta teratas daripada ROG Phone 8 Pro.

Dengan skor purata AnTuTu sebanyak 2,142,552, RedMagic 9S Pro+ jauh meninggalkan ROG Phone 8 Pro yang memperoleh skor purata AnTuTu sebanyak 2,082,175.

Siri RedMagic Terbaru Ini Atasi ROG Phone 8 Pro Dalam Carta Terkini Penanda Aras AnTuTu
Senarai data di atas adalah dari pasaran China sahaja dan tempoh pengumpulan data adalah dari 1 September 2024 hingga 30 September 2024.

AnTuTu dalam ulasannya berkata, RedMagic 9S Pro+ dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih berkuasa, RAM24GB+storan 1TB serta dipacu pemproses Snapdragon 8 Gen3 Lead, masih berada di bahagian atas carta prestasi Android hanya beberapa bulan selepas dikeluarkan.

Sekali gus membuktikan pendekatan agresif pengeluar itu terhadap penalaan peranti berprestasi.

Untuk pasaran Malaysia, hanya versi REDMAGIC 9S Pro ditawarkan dengan 4 pilihan varian iaitu Sleet (RAM 12GB+ Storan 256GB) yang berharga RM3,199, Limited Edition – Frost (RAM 12GB+ Storan 256GB) berharga RM3,299 serta varian REDMAGIC 9S Pro Cyclone dan Snowfall (RAM 16GB+ Storan 512GB) yang berharga RM3,999.

Beli REDMAGIC 9S Pro dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllfod4
  • Lazada – https://invol.co/cllfod8

Berkaitan

  • REDMAGIC 9S Pro Kini Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,699
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Rebut REDMAGIC 9S Pro, Diskaun RM500 Dalam Promosi 9.9

Sumber: AnTuTu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY