Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 50 Ribu Tahun, Komet ZTF Kembali Menghampiri Bumi

Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia

Diterbitkan Oktober 4, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh ariff bukhari

Ketika ini, seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang dapat menyaksikan kehadiran sebuah komet yang melintas di atas langit yang telah menarik minat para jurugambar astronomi khususnya.

Komet itu yang dikenali sebagai KOMET C/2023 A3 (Tsuchinshan–ATLAS) sedang giat dicerap dengan menggunakan mata kasar dan fotografi sejak 20 September 2024 oleh peminat-peminat astronomi.

Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia
Salah satu imej Komet tersebut yang berjaya dirakam telah dikongsikan oleh MYSA.

Berdasarkan data masa nyata yang dikongsikan oleh laman TheSkyLive, jarak komet ini dari Bumi ketika ini adalah 95,995,006.2 kilometer.

Jarak paling hampirnya dengan Bumi pula nanti adalah 70.72 juta km yang dijangka akan berlaku pada 13 Oktober ini.

Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia
KOMET C/2023 A3 (Tsuchinshan–ATLAS) akan berada paling hampir dengan Bumi pada 13 Oktober 2024 dengan jaraknya dianggarkan sejauh 70.72 juta km.
Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia

Ahli astronomi menganggarkan bahawa komet ini mengorbit matahari hanya sekali setiap 80,660 tahun.

Komet C/2023 A3 (Tsuchinshan-ATLAS) telah ditemui oleh Sistem Amaran Terakhir (ATLAS) kesan Terestrial Asteroid pada 22 Februari 2023 dan ia juga diperhatikan secara bebas beberapa minggu sebelum itu pada Januari 2023 di Balai Cerap Cina Tsuchinshan (Balai Cerap Gunung Ungu Akademi Sains China).

Penamaan rasmi komet ini termasuk kedua-dua Tsuchinshan dan ATLAS kerana pemerhatian bebas ini. Orbit retrogradenya, bermakna ia bergerak ke arah yang bertentangan pada kebanyakan objek sistem suria utama.

Banyak yang masih belum diketahui tentang C/2023 A3, termasuk saiznya. Tanpa lebih banyak data, ahli astronomi masih membahaskan peluang komet itu untuk terus hidup.

Dalam rantaian mesej untuk ahli astronomi, penyelidik pasca doktoral dari Universiti Pennsylvania, Qicheng Zhang merumuskan, C/2023 A3 sebagai komet paling menjanjikan dalam beberapa tahun yang boleh dilihat dengan  mata kasar.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Microsoft Akan Guna Tenaga Nuklear Untuk Kuasakan AI Mereka
  • Penyelidik: Ais Laut Artik Hampir Ditahap Terendah Dalam Sejarah, Ais Antartika Juga Terus Merosot

Sumber:  MYSA, Live Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY