Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes Perkenal 5G Advanced ‘Starter Pack’ – RM10/Bulan, 20GB Data

Yes Perkenal 5G Advanced ‘Starter Pack’ – RM10/Bulan, 20GB Data

Diterbitkan Disember 15, 2025 · Dikemas kini Disember 15, 2025 oleh Amalina Athman

Yes 5G kini memperkenalkan pek prabayar dengan akses 5G Advanced pertama di Malaysia.

Dengan harga RM10/bulan, pelan ‘yes 5g advanced starter pack’ menawarkan 20GB data 5G Advanced & 4G tanpa had kelajuan, termasuk hotspot yang boleh dikongsi, panggilan tanpa had serta tempoh sah selama 30 hari.

 

YES 5G Advanced_1

Selain pelan baharu ini, terdapat juga pelan 5G advanced prepaid 20 pada harga promosi RM15 sebulan dengan 50GB data serta hotspot dikongsi. Promosi ini berlangsung dari 15 Disember 2025 hingga 15 Mac 2026.

Sementara itu, 5g advanced prepaid 30 pada RM30/bulan memberikan data dan kelajuan 5G Advanced tanpa had, data 4G tanpa had sehingga 7Mbps, dan 12GB hotspot.

Yes 5g advanced starter pack kini boleh didapati melalui:

  • Kedai Yes & Pengedar Sah Yes
  • yes.my
  • Aplikasi MyYes
  • Kedai Rasmi Yes di Shopee
  • Kedai Yes di TikTok Shop
  • Kedai MyNews (mulai 22 Disember)
  • Kedai CU (mulai 22 Disember)

Semua pelanggan prabayar Yes sedia ada telah dinaik taraf ke Yes 5G Advanced secara automatik, tanpa sebarang bayaran tambahan atau langkah yang perlu diambil.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi yes 5G atau muat turun aplikasi MyYes.

Berkaitan

  • Yes Jadi Telco Pertama Lancar 5G Advanced Secara Komersial Di Malaysia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Tune Talk Naik Taraf Pelan Epik+ - 50GB Bermula RM28/Bulan, Insurans Sehingga RM150,000
  • Hotlink Naik Taraf 'Travel SIM' - Data Kelajuan Tinggi, eSIM Tersedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY