Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha AI

Yamaha Dan Netflix Berkolaborasi Hasilkan Superbike Konsep Dengan Roda Bersinar Dalam Gelap

Diterbitkan Disember 3, 2024 · Dikemas kini Disember 3, 2024 oleh ariff bukhari

Yamaha Motor memperkenalkan superbike konsep yang diilhamkan oleh AI dengan roda futuristik tanpa jejari yang bersinar dalam gelap.

Dikenali sebagai Y/AI, motosikal itu muncul dalam siri anime Netflix, Tokyo Override.

Netflix telah menghubungi syarikat permotoran itu untuk meminta penggunaan motosikal terpilih mereka untuk siri anime sci-fi.

Yamaha berkata ‘ya’ dan menyampaikan data 3D, imej dan rakaman bunyi dua model motosikal mereka: superbike YZF-R1 dan VMAX.

Yamaha AI 1
Superbike konsep Y/AI adalah hasil gabungan reka bentuk YZF-R1 dan, VMAX.
Tokyo Override
Superbike YZF-R1 dan VMAX juga muncul dalam siri ini bersama-sama dengan Y/AI.

Selain daripada mereka bentuk superbike konsep yang diilhamkan oleh AI untuk rancangan itu, Yamaha juga telah membantu pasukan produksi dalam membina utopia anime 100 tahun dari sekarang dan memberikan mereka penyeliaan dengan kesan bunyi dari segi menunggang superbike.

Penonton boleh menonton dan mengalami sumbangan Yamaha ini apabila mereka menonton Tokyo Override, yang sudah ditayangkan di Netflix sejak 21 November 2024.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?
  • PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5

Sumber: Design Boom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY