Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
X-Truck 7

XOX Dan ONEXOX Lancar Servis Bergerak, Kad SIM Dihantar Terus Depan Rumah

Diterbitkan September 20, 2023 · Dikemas kini September 20, 2023 oleh ariff bukhari

XOX dan ONEXOX telah melancarkan tambahan terbaharu kepada perkhidmatan pelanggan syarikat itu yang kini digerakkan di seluruh negara iaitu  X-Bike dan X-Truck.

Ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana berfungsi sebagai salah satu cara untuk memudahkan serta meringankan beban rakyat dalam mendapatkan talian telekomunikasi dan perkhidmatan data internet pada kadar yang berpatutan.

X-Bike ialah perkhidmatan penghantaran sehingga di hadapan pintu rumah pelanggan. Dengan menggunakan X-Bike, pengedar XOX yang ditugaskan akan menghantar permintaan pesanan pelanggan ke lokasi yang ditetapkan.

X-bike NEW BM-04

Sementara X-Truck pula ialah peruncitan bergerak di pasaran yang akan banyak digunakan untuk jerayawara (roadshow) dan pelbagai acara di seluruh negara, yang juga berfungsi sebagai papan tanda jenama bergerak untuk lawatan promosi.

Selain menerima permintaan yang dihantar di rumah atau lokasi pilihan, pelanggan juga boleh memilih untuk menemui mana-mana pengedar XOX pada jerayawara atau acara tertentu yang berdekatan dengan mereka.

X-Truck 8

Pada masa ini, sebanyak 50 unit X-Bike dan 5 unit X-Truck sedia untuk bergerak serta menyediakan perkhidmatan mereka meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Pelanggan boleh log masuk ke www.xox.com.my atau onexox.my untuk mencari perkhidmatan X-Bike terdekat bagi tujuan tempahan servis.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Logitech G Lancar 2 Mikrofon Baru Untuk Penstriman Dan Permainan
  • Pengguna iPhone 12 Akan Terima Kemas Kini Khas Atasi Isu Radiasi

Sumber: Siaran media XOX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY