Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun menjawab beberapa persoalan berkaitan nama Xiaomi yang dikatakan agak susah untuk disebut.
Xiaomi tidak perlu disangkal lagi sebuah jenama yang semakin meningkat dan mempunyai peminat yang ramai terutama terhadap produk yang dikeluarkan mereka.
Banyak produk dalam pelbagai kategori Xiaomi hadir dengan perkataan Mi bagi siri-sirinya. Lei Jun akhirnya menceritakan dari mana asal usul Xiaomi dan Mi ini.
Sebelum syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2010, Lei Jun mengadakan perbincangan dengan pasukannya mengenai nama syarikat.
Antara cadangan yang diberikannya adalah seperti Red Star, Red Pepper dan Black Rice tetapi dengan pelbagai alasan, nama-nama ini tidak diterima.
Ketika perselisihan pendapat ini juga, terlintas di fikiran Lei Jun bahawa Buddha menganggap sebutir beras sama pentingnya dengan Gunung Meru.
Gunung Meru yang dikenal sebagai pusat alam semesta dan mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam budaya Asia.
Pada masa yang sama juga, seseorang mencadangkan nama ‘beras’ iaitu Mi dalam bahasa Cina. Lei Jun juga berpendapat untuk mengambil nama dunia internet lebih kecil daripada besar.
Beliau akhirnya memberikan nama Xiaomi dimana ‘Xiao’ bermaksud kecil dalam bahasa Cina. Akhirnya, nama Xiaomi digunapakai sehingga ke hari ini.
Tambahan lagi, Lei Jun berpendapat nama Xiaomi tidak cukup untuk memberikan kepercayaan kepada orang ramai.
Menurutnya, sesebuah syarikat itu tidak akan berjaya jika tidak memiliki teknologi atau produk yang baik serta tidak mengambil kira pengalaman pengguna yang menggunakan produk mereka.
Beliau kini turut ingin menumpukan perhatian kepada teknologi, inovasi dan produk yang baik serta mampu memberikan pengalaman sempurna buat penggunanya.
Sumber: ithome