Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
miui 13 android 12l

Xiaomi Tangguh Android 12 Pada Mi Pad 5, Nak Bagi Android 12L Terus

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh Faiz Munir

Siapa sahaja tidak kenal dengan Xiaomi Mi Pad 5? Sebuah tablet yang menawarkan spesifikasi tinggi tetapi dijual dengan harga yang murah. Semestinya tablet ini menjadi pilihan pengguna.

Baru-baru ini, Google telah melepaskan Android 12L yang lebih dioptimasikan untuk peranti boleh lipat dan skrin besar. Jadi terdapat spekulasi bahawa Mi Pad 5 akan disepadukan dengan Android 12L ini untuk memberi sistem operasi yang lebih lancar dengan pengoptimasian antara muka.

WhatsApp Image 2022-03-10 at 8.58.02 AM

Buat masa ini, Mi Pad 5 sedang menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 11. Tablet ini sudah pun dimulakan ujian beta dengan Android 12 dan dijadualkan pelepasannya tidak lama lagi.

Namun, ia telah ditunda kerana Xiaomi ingin sepadukan terus Mi Pad 5 dengan Android 12L. Oleh itu, tablet ini akan terus menerima Android 12L dan bukannya Android 12.

Dalam masa yang sama, masih tiada laporan berkenaan MIUI 13 Pad pada Xiaomi Mi Pad 5. MIUI 13 Pad ini adalah antara muka dari Xiaomi yang memfokuskan kepada peranti tablet mereka. Gabungan MIUI 13 Pad dan Android 12L ini mungkin akan memberi pengalaman penggunaan yang baharu.

Tetapi itu hanyalah andaian. Untuk memastikan perkara ini, kita perlu tunggu perkara ini rasmi terlebih dahulu.

Sumber: Xiaomiui

Baca juga:

  • Tingkatkan Privasi, Firefox Focus Untuk Android Terima Mod ‘HTTPS-only’
  • Cara Nak Guna Dua Akaun Berbeza WhatsApp Web
  • Tak Perlu Buang Aplikasi, Google Ada Cara Lain Untuk Kembalikan Ruang Storan Telefon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY