Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tingkatkan Privasi, Firefox Focus Untuk Android Terima Mod ‘HTTPS-only’

Tingkatkan Privasi, Firefox Focus Untuk Android Terima Mod ‘HTTPS-only’

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh Nadiah Ab

Firefox 98, keluaran terbaru pelayar web Mozilla, memperkenalkan beberapa ciri baru yang berguna. Paling ketara antaranya ialah penambahan mod HTTPS-only pada Firefox Focus pada Android.

Apabila diaktifkan, ciri ini boleh melindungi keselamatan dan privasi dalam talian anda dengan memastikan anda menyambung secara automatik ke laman web versi HTTPS, walaupun semasa anda menaip HTTP secara manual dalam bar carian atau ketika anda klik pada pautan legacy yang membawa anda ke pautan lain.

Kemas kini terbaru ini juga termasuk ciri penyesuaian baharu. Untuk Firefox versi iOS pula, anda kini boleh memutuskan sama ada ingin bar carian terletak di bahagian atas atau bawah skrin.

Buat pertama kalinya, Mozilla turut memperkenalkan hiasan latar belakang mudah alih. Tersedia untuk kedua-dua Android dan iOS, koleksi pertama menampilkan filem terbaru Pixar, Turning Red. Rekaan ini dicipta oleh Melissa Chang, seorang pereka UX Asia-Amerika dengan pasukan Studio Mozilla.

Firefox Focus

Anda boleh muat turun Firefox Focus untuk Android di sini dan untuk iOS di sini.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Pengguna Firefox Digesa Segera Kemas Kini Aplikasi Pelayar Mereka
  • Ingat Y2K? Ia Mungkin Berulang Dengan Chrome Dan Firefox Versi 100
  • Cara untuk “Backup” Kesemua “Bookmarks” Daripada Firefox

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY