Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Nak Guna Dua Akaun Berbeza WhatsApp Web

Posted on Mac 10, 2022

Pengguna WhatsApp seluruh dunia sudah pasti pernah menggunakan WhatsApp Web di Desktop, betul tak? Kebanyakan daripada kita yang menggunakan WhatsApp Web ini sudah pasti seorang pekerja atau pelajar memandangkan sekarang semua perkara perlu dilakukan secara dalam talian. Oleh itu, kami ingin berkongsi 3 tips untuk penggunaan WhatsApp Web. Jom kita lihat.

Penggunaan Mod Gelap Untuk WhatsApp Web

Pertama sekali, anda perlu klik pada tiga titik bahagian atas belah kanan skrin anda dan buka ‘Settings’.

Seterusnya, anda pilih ‘Themes’.

Akhir sekali, anda hanya perlu pilih ‘Dark’ dan klik ‘OK’. Selepas itu, WhatsApp Web anda akan bertukar kepada mod gelap.

Guna Akaun Berbeza Dalam Satu Masa

Kalau anda mempunyai dua nombor dengan dua akaun WhatsApp, sebenarnya anda boleh menggunakan kedua-dua akaun dalam satu masa menggunakan laptop yang sama.

Caranya mudah sahaja, untuk akaun pertama anda boleh imbas seperti biasa pada tab Chrome.

Bagi akaun kedua, anda boleh buka tab Incognito dengan tekan Ctrl + Shift + N dan ia akan bertukar seperti gambar di bawah. Selepas itu, anda boleh terus menggunakan kedua-dua akaun WhatsApp anda dalam masa yang sama.

‘Shortcut’ Emoji

Selalu kalau nak pilih emoji di WhatsApp Web kita perlu gerakan tetikus untuk tekan pada lambang emoji betul tak? Tapi, sebenarnya anda boleh menaip sahaja simbol emoji yang anda inginkan dengan menambah : dihadapan perkataan simbol emoji yang diinginkan seperti berikut :

:smile

:sad

Kemudian, anda boleh pilih emoji yang anda suka mengikut paparan seperti di atas.

Baca juga :

  • Paparan Masa Salah Pada Mesej WhatsApp Anda? Ini Cara Betulkannya
  • WhatsApp Nanti Boleh ‘Preview’ Fail Dan Gambar Yang Dihantar Sebagai Dokumen
  • 2 Ciri Baharu WhatsApp Sedia Dimuat Turun – Main ‘Voice Note’ Luar ‘Chat’ Salah Satunya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress