Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

Diterbitkan Mac 8, 2022 · Dikemas kini Mac 8, 2022 oleh Faiz Munir

Google kini telah melepaskan kemas kini Android 12L untuk peranti Pixel mereka. Kemas kini ini memberi fokus kepada penambahbaikan untuk peranti dengan skrin besar dan peranti boleh lipat selepas berbulan-bulan berada dalam fasa beta.

Pada Android 12L ini, Google telah memperkenalkan paparan 2 lajur pada panel notifikasi dan beberapa lagi pengoptimasi skrin besar untuk sistem mereka. Agak menarik juga kerana taskbar  mempunyai fungsi seperti yang terdapat pada Chrome OS dan Windows yang mana anda boleh menarik ikon aplikasi pada bahagian kiri atau kanan skrin untuk split screen.

Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

Untuk fungsi split screen ini juga, Google telah mengemaskini dengan menambah garisan seperti yang terdapat pada One UI Samsung dan beberapa antara muka lain yang mempunyai fungsi serupa.

 

Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

Google telah menjanjikan Android 12L ini akan dilancarkan sebelum 31 Mac 2022. Mula-mula Beta dikeluarkan adalah pada bulan Disember tahun lalu, kemudian Beta 2 pada Januari dan Beta 3 pula pada bulan Februari sebelum melepaskan versi stabil Developer Preview. Akhirnya barulah dilepaskan secara rasmi.

Buat masa ini, Adnroid 12L ini akan hadir untuk peranti Pixel sahaja. Google juga ada menulis pada laman blog mereka yang peranti boleh lipat Samsung, Lenovo dan Microsoft juga akan menerimanya pada masa akan datang.

Sumber & foto utama: Google

Baca juga:

  • Apple Antara 5 Jenama Paling Laris Di China, HUAWEI Hilang Dari Radar
  • Serik, Nokia Akui Mereka Tidak Lagi Akan Keluarkan Telefon Andalan
  • Google Dakwa Pelayar Chrome M99 Mereka Kini Lebih Pantas Dari Safari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY