Xiaomi Redmi Note 4X Dijadualkan Pelancarannya 14 Februari Ini

Tahun lepas Xiaomi hadir dengan Redmi Note 4. Kini Xiaomi bakal tampil lagi dengan Redmi Note 4X. Mereka juga turut mengesahkan peranti ini bakal dilancarkan pada 8 Februari ini dan akan mula dijual ke pasaran pada Hari Kekasih 14 Februari.

Sebelum ini sudah terdapat beberapa info tertiris tentang peranti ini. Jika ianya benar, Xiaomi Redmi Note 4X bakal dibina dengan paparan HD penuh 5.5 inci, dikuasai oleh MediaTek Helio X20 atau Snapdragon 653 mengikut lokasi.

Antara spesifikasi yang lain termasuklah saiz RAM bersaiz 4GB. Mengikut laporan dari laman Weibo mengatakan Redmi Note 4X ini juga bakal menawarkan variasi 2GB dan 3GB. Pilihan storan dalaman pula adalah 16GB, 32GB atau 64GB.

xiaomi_redmi_4x_tenaa_1483002621635

 

Mengikut info yang tersebar sebelum ini, ianya akan dibina dengan saiz berukuran 151x76.3x8.54mm, lebih lebar dan tebal berbanding Redmi Note 4X (151x76x8.3mm). Ianya mempunyai berat 176.54 gram sedikit berat dengan abangnya iaitu 175 gram. Peranti ini juga dilihat mempunyai rekaan sensor cap jari dibahagian belakang.

Redmi Note 4X akan dijalankan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Dari segi kamera pula, ianya dilengkapi dengan sensor bersaiz 13-Megapixel dan dimuatkan dengan kapasiti bateri gergasi 4000mAh.
Sumber: Weibo Xiaomi