Xiaomi Redmi 7 Mula Muncul Di TENAA

Tahun 2018 bakal berlabuh lebih kurang dua minggu sahaja lagi dan Xiaomi dilihat sudah bersiap sedia untuk menyambut 2019 dengan peranti baru.

Seperti biasa setiap model baru akan muncul terlebih dahulu dilaman agensi kawal selia telekom China, TENAA dan terkini sebuah telefon pintar dipercayai Redmi 7 mula kelihatan dilaman terbabit.



Model dengan nama kod M1901F9T mempunyai lensa kamera selfie yang diletakkan dibahagian tengah dikelilingi takuk berbentuk titisan air. Spesifikasi asas yang tersenarai dilaman TENAA adalah penggunaan skrin paparan 5.84 inci, bateri berkapasiti 2900mAh.

Panel belakang menempatkan dwi kamera dengan sokongan AI, fungsi flash serta pengimbas cap jari.



Sumber: GSMArena