Pada Julai 2019 lalu, Xiaomi ada memfailkan paten berkaitan panel solar pada bahagian belakang telefon pintar.

Meneliti pada gambarajah paten tersebut, peranti ini mempunyai paparan skrin luas tanpa takuk. Kamera hadapan juga tidak kelihatan dan mungkin ia akan menggunapakai ciri kamera bawah paparan yang sedia dipertontonkan mereka sebelum ini. Sistem imbasan cap jari bawah paparan juga mungkin digunakan kerana ia tidak menunjukkan sebarang sensor fizikal pada mana-mana bahagian peranti.
Beralih ke bahagian belakang, terdapat dwi kamera berada pada penjuru kiri dan panel solar meliputi sebahagian besar panel belakang. Ia merupakan integrasi teknologi yang dapat memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengecas peranti seperti biasa atau menggunakan tenaga solar.
Paten ini sudah disahkan oleh World Intellectual Property Office (WIPO) dan tidak semestinya paten tersebut dibangunkan serta dipasarkan kepada umum. Namun begitu, ia sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Xiaomi sedang mencari idea baru dan berusaha untuk menghasilkannya.
Sumber: LetsGoDigital
Berkaitan
- Xiaomi Kata Kamera Moto G5s Plus "Murah"
- Imej Ini Dikatakan Rekaan Sebenar Xiaomi Mi Band 5
- Xiaomi Lancarkan Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro
- Xiaomi Sumbang Pembersih Udara Dan Power Bank Ke Pusat Vaksin Negara MITEC
- Bateri Xiaomi Mi A2 Cepat Habis Mungkin Disebabkan Pepijat Pada Pengimbas Cap Jari
- Google AI Temui Planet Ke-8 Diluar Sistem Solar
- Panel Kaca iPhone XS Tidak Pecah Walaupun Diuji Jatuh Dari Paras Kepala
- Xiaomi Mi Mix Alpha Dilancarkan, Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera 108MP
- Xiaomi Bakal Hentikan Kemaskini MIUI Untuk 6 Telefon Pintar
- Tiga Perkakas Rumah Baru Diumumkan Xiaomi