Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad mini

Xiaomi Pad Mini – Kecil Tapi Padu

Diterbitkan November 26, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh ainabatrisyia

Ringkasan Ulasan: Xiaomi Pad Mini

Wiser memberi Xiaomi Pad Mini skor 8/10. Harganya di Malaysia ialah RM2,299 semasa ulasan ini diterbitkan pada 26 November 2025.

Produk Xiaomi Pad Mini
Skor Wiser 8/10
Harga (semasa ulasan) RM2,299
Diulas oleh ainabatrisyia
Tarikh ulasan 26 November 2025

Kelebihan

  • Kecil dan ringan
  • Prestasi cemerlang
  • Skrin cantik
  • Bateri tahan lama

Kekurangan

  • Tiada pengimbas cap jari
  • Tiada slot kad SIM

Beli di: Shopee · Lazada

Kebanyakan tablet yang berada di pasaran sekarang bersaiz besar dan berat. Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja, tapi makan ruang yang besar.

Namun dengan adanya Xiaomi Pad Mini, anda tidak perlu risau lagi. Ia dikatakan adalah iPad Mini versi Android. Boleh percaya atau tak? Mari kita tengok apa yang ada pada tablet ini.

xiaomi pad mini

Seperti namanya, Xiaomi Pad Mini ini memang didatangkan dengan saiz yang kecil dengan Metal Unibody serta kemasan matte. Rekaan yang minimalis dan sangat kemas. Jika dibandingkan saiznya dengan iPad Mini, tablet ini besar sedikit sahaja.

xiaomi pad mini

Skrin 8.8 incinya pula dihadirkan dengan IPS LCD dan mampu memaparkan imej dengan resolusi sehingga 3K. Kadar segar semulanya boleh mencecah 165Hz lebih tinggi berbanding iPad Mini yang baharu.

Cip yang digunakan pula adalah cip MediaTek Dimensity 9400+ iaitu cip yang biasanya digunakan untuk peranti-peranti flagship. Dengan adanya cip ini, tablet ini tidak panas dan tidak lag walaupun pengguna bermain permainan yang berat.

xiaomi pad mini

Bateri berkapasiti 7500mAh yang didatangkan bersama tablet ini sememangnya tahan lama untuk penggunaan harian yang biasa. Jika bateri habis, anda tidak perlu risau kerana anda juga akan dibekalkan pengecas dengan 67W HyperCharge. Juga terdapat Stereo Speaker yang lantang dan jelas.

Mahupun begitu, Xiaomi Pad Mini ini tidak mempunyai pengimbas cap jari seperti peranti-peranti terbaru sekarang. Ini mungkin akan terasa leceh untuk segelintir pengguna kerana perlu membuka peranti hanya menggunakan pattern, PIN serta pengecaman wajah.

Tablet ini juga hanya boleh digunakan apabila disambungkan ke rangkaian WiFi. Ia tidak mempunyai slot untuk kad SIM. Ini adalah ciri yang sepatutnya ada pada peranti seperti ini bagi memudahkan lagi pengguna.

Kesimpulan

Di sini kita dapat lihat, Xiaomi Pad Mini ini sangat sesuai untuk para pelajar yang menginginkan tablet yang mudah untuk dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruang yang besar. Selain itu, tablet ini juga sesuai untuk pengguna Android yang menginginkan iPad Mini tapi, tidak berminat dengan ekosistem Apple. Anda boleh dapatkan Xiaomi Pad Mini ini pada harga RM2299.

Lihat ulasan penuh menerusi video YouTube di bawah.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY