Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pad 6 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Xiaomi Pad 6 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan April 11, 2023 oleh Firdaus

Presiden Xiaomi, Lu Weibing telah mengesahkan Xiaomi Mi Pad 6 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkara tersebut telah dikongsikan beliau dalam perbualan di platform media sosial Weibo.

Spesifikasi Xiaomi Pad 6 Yang Dijangkakan

Xiaomi Pad 6 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Siri Pad 6 dilaporkan hadir dengan 2 model – versi standard dan Pro.

Xiaomi Pad 6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 manakala Pad 6 menggunakan cip Snapdragon 870.

Mengikut Digital Chat Station, kedua-dua model itu menawarkan skrin yang menyokong HDR10+ dan Dolby Vision.

Selain itu, paparan tersebut juga akan menyokong resolusi 2880 x 1800p dengan kadar segar semula 120 atau 144Hz.

Siri Xiaomi Pad 6 hadir dengan bateri sebesar 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Xiaomi Pad 6 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Berkemungkinan besar, siri Pad 6 akan menyediakan stylus dan  mempunyai modul kamera seperti Xiaomi 13.

Kehadiran

Siri Xiaomi Pad 6 berkemungkinan besar akan dilancarkan bersama dalam acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra yang kita dengar baru-baru ini.

Berkaitan

  • Rasmi - iQOO Z7 Berharga RM1299 Di Malaysia, Guna Snapdragon 782G Dan Sokong 120W
  • Infinix HOT 30 Rasmi - Pencabar Baharu Kelas Permulaan
  • realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2
  • Jom "Raya Bergaya Bersama Huawei" Dan Rebut Promosi Bernilai Sehingga RM2,000
  • Sertai Kempen “Go vivo Go Raya” Dan Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM70,000

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY